KOLEKSI ISTIMEWA

Thursday, September 24, 2009

Cerita Hari Raya

Hari ini,hari raya kelima,baru sempat saya menulis sesuatu dalam blog ini.Maklumlah sibuk beraya.(ye ker?)Tahun ini beraya kat Tegayong pula.Bermula sehari sebelum raya, berbuka puasa bersama-sama kakak dan abang ipar.Malam raya pula seperti tahun-tahun sudah diserikan dengan percikan mercun dan bunga api.Walaupun mercun tidak dibenarkan, tetapi malam raya ni kedengaran di mana-mana saja.Meriam buluh tu,biasalah kalau kat kampung.
Pagi raya selepas solat sunat Aidilfitri acara bermaaf-maafan,bergambar dengan ahli keluarga dan makan-makan.Sepanjang hari beraya kat rumah saja.Lewat petang baru beraya di kampung sendiri di Tanjung Stan.Raya kedua,saudara-mara sebelah ibu datang ke rumah.Acara makan-makan.Seharian raya kat rumah jer.Raya ketiga lepak kat rumah di Pasir Tumboh.Sebelah petang baru keluar ke rumah kawan.
Perkara yang tak seronok setiap kali raya adalah keadaan jalan raya yang sentiasa 'jem'.Biasalah kan...masing-masing nak beraya ke rumah saudara-mara dan sahabat handai.Kalau tak pergi sekarang,bila pula.Inilah kesempatan yang terbaik untuk menziarahi antara satu sama lain.Jangan jadikan kesesakan jalan raya sebagai alasan untuk tidak ke mana-mana.Pandai-pandailah merancang perjalanan.Bagi mereka yang akan pulang ke kota atau tempat kerja,berhati-hatilah di jalan raya.Semoga berjumpa lagi pada Aidilfitri tahun depan.Insyaallah.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.