Lihat foto di atas, apa reaksi anda?Foto tersebut dirakamkan pada dinding sebuah bangunan kedai, yang terletak di laluan umum.Apa motifnya?adakah sekadar untuk melepaskan perasaan tidak puas hati terhadap seseorang, atau ada agenda lain.Walau apapun persoalannya, kehadiran contengan itu mencacatkan pemandangan bagi mereka yang melalui laluan tersebut.
Sebenarnya vandalisme dalam bentuk contengan tulisan mahupun lukisan ada di mana-mana sahaja.Mungkin sebagai satu cara untuk meluahkan perasaan.Tapi sedarkah mereka yang melakukannya itu akan menyusahkan banyak pihak.Janganlah pula marahkan nyamuk kelambu dibakar.Perbuatan pihak yang tidak bertanggungjawab ini memalukan agama,bangsa dan negara.Dek kerana perbuatan tidak bermoral segelintir masyarakat ini, ramai yang mendapat tempiasnya.Bak kata pepatah kerana nila setitik, rosak susu sebelanga.
Marilah kita sama-sama menjadi masyarakat yang mempunyai minda kelas pertama. Masyarakat yang tahu menggunakan kemudahan yang disediakan sebaik mungkin. Bersyukur atas kedamaian,kemakmuran dan kemajuan yang dicapai.Katakan TIDAK kepada vandalisme.
hi........
ReplyDeletetq...
salam raya aidil fitri dari kami http://firestartingautomobil.blogspot.com/
ReplyDeletesalam persahabatan dari sebuah blog.. thanks melawat kami... sememangnya sifat manusia yang semakin ditegah semakin di buat.. walaupun ia mungkin kecil dimataa.. tapi mungkin akan terus merebak dan terus merebak menjaadi lebih buruk jika dibiarkan.. mmg sifat manusia barang yang elok dirosakkan vendalisma membawa kemudaratan dan meningkatkat moral dan keruntuhan akhlak..
Vendalisma merupakan titik tolak kerosakan lebih besar lagi...
renung-renunglah dan selamat beramal
sifat manusia yang suka membuat kerosakkan ade disebut
Firman Allah
Terjemahan: Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia (Timbulnya demikian) Kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan buruk yang telah mereka lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat)
Surah al-Rum 30:41
org nie x berfikiran waras & hanya pentingkan diri sendiri...
ReplyDeleteterima kasih atas komen2 anda
ReplyDeletewahh entry yg bgs..
ReplyDeletecam esei bm, penuh ngn peribahasa heheh
-ex student