11 Oktober 2009.Saya dan keluarga ke Kuantan untuk menghadiri satu kursus.Sebenarnya menggantikan seseorang yang tidak mahu ke sana.Bertolak jam 5 petang dan sampai jam 7.30 petang di Kuala Terengganu.Kami menginap di hotel YT Midtown.RM 124.20 termasuk sarapan pagi.Pada sebelah malamnya,pusing-pusing bandar dan makan malam di A&W pantai Batu Burok.Lebat juga hujan malam ini.
Sarapan pagi di Cafe Midtown.Menu pagi ini meehon goreng,nasi kerabu,bubur nasi,roti,sosej dan lain-lain.Sayang sekali pagi ini tidak ada nasi dagang.Hampir jam 10 pagi baru kami bertolak ke Kuantan.
Dalam perjalanan,singgah untuk membeli buah tangan.Keropok lekor,ikan kering dan produk-produk ikan yang lain.Beli sedikit saja kerana bercadang nak beli dalam perjalanan pulang.Tapi tak beli pun...tak ada pula gerai macam tu dalam perjalanan ke Kuantan-KT.
Sampai di bandar Kuantan jam 1 petang.Tunggu abang ipar datang ambil.hmmm tunggu kat Stadium Kuantan.Kami ke rumahnya di Taman Inderapura.Ini kali pertama saya memandu ke Kuantan.Kali pertama juga berkunjung ke rumah kakak ipar.
Hotel Grand Continental...tempat berkursus.Senang jer nak cari hotel ni,pasal kedudukannya agak strategik.
Sebelah petang 13 Oktober 2009,sempat juga ke tebing sungai di Kuantan.Sajalah ambil angin sambil merehatkan badan.Anak-anak pula sempatlah bermain di tapak permainan yang disediakan.
Widad didukung oleh kak Baie di rumahnya.Pagi 14 Oktober 2009, dia nak ke sekolah, sempat lagi bermain dengan anak saudara.
Dalam perjalanan pulang,14 Oktober 2009 terserempak satu kejadian kemalangan.Lori terbalik di atas lebuhraya Kuantan ke KT.Kesesakan teruk,hampir satu jam kami terkandas di lebuhraya.
2 jenis makanan ini dibeli di kedai berlainan.Satu di kedai yang menjual keropok lekor dan satu lagi di salah sebuah stesen minyak.Kedua-duanya belum mencapai tarikh luput lagi tapi dah tak boleh dimakan.Ada kulat dan dah masuk angin.Kalau buat aduan kepada CAP ni...siapa yang kena.
Buah tangan ke KB,keropok lekor dan dodol.Itu saja yang sempat dibeli.Saya tak pasti nama makanan dalam gambar di atas.Saya panggil dodol saja.Sampai rumah jam 6.30 petang.Aduh...penatnya.
salam...
ReplyDeleteterima kasih kerana sudi berkunjung ke blog saya yg buruk tu....seronok tgk keluarga saudara makan angin, saya juga suka melancong...
p/s: murahnya abc tu RM2 je?
zanafahmi:terima kasih juga krn sudi dtg blog saya.melancong memang best,tapi tak boleh kerap....tak cukup bajet.hehehe
ReplyDeleteabc tu mmg murah kot,adalah kat satu kedai area pantai batu burok KT.
This comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDelete