KOLEKSI ISTIMEWA

Friday, December 25, 2009

Tahun baru,perlukah semua baru?

Beberapa hari saja lagi kita akan melangkah ke tahun baru 2010.Insyaallah jika diizinkanNya. Seperti kebiasaannya apabila melangkah ke tahun baru, maka banyaklah perkara baru yang ingin dilaksanakan.Bermula dengan azam,cita-cita sehinggalah kelengkapan rumah. Bagi ibu bapa pula, sibuk menguruskan hal-hal persekolahan anak-anak termasuklah hal pakaian dan kelengkapan sekolah yang lain.

Persoalannya perlukah kita menukar atau menggantikan yang lama dengan yang baru?bagi saya apa salahnya jika pakaian atau alat tulis itu yang masih baik itu digunakan semula.Bukankah amalan membazir itu tidak baik........Bagi yang berkemampuan pula,eloklah juga menanamkan tabiat berjimat cermat dalam kalangan anak-anak.Walaupun kita mampu membelikan apa sahaja yang diinginkan mereka,sebaiknya biarlah mereka sedar bahawa kehendak jangan mengatasi keperluan.

Pada pendapat saya,tidak wajar dijadikan satu trend kepada pelajar-pelajar sekolah bahawa segala kelengkapan sekolah mesti baru pada tahun baru.Sebaliknya,jika azam dan cita-cita baru untuk berjaya memang elok disemai dalam sanubari mereka. Semoga tahun baru ini memberi kebahagiaan dan ketenangan buat semua.Selamat tahun baru 2010.

2 comments:

  1. trend anak-anak zaman sekarang, semuanya perlu serba baru menjelang tahun baru... penaik semangat belajar kata mereka... tp, pada akhirnya, bila tiba keputusan peperiksaan akhir, tak kemana juga pencapaian... hehehe... ;P

    ReplyDelete
  2. Manusia pelbagai jenis, bak kata pepatah rambut sama hitam tapi hati lain-lain. Tepuk dada tanya iman.....pokoknya terserah kepada ibubapa masing-masing jika mampu belilah seerba baru tapi jika tak mampu pandai-pandailah buat budget.Apa pun amalan berjimat cermat perlu ada pada setiap manusia tak kira kaya ataupun miskin. Harta adalah pinjaman Allah sahaja.....

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.