expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Thursday, July 29, 2010

Sepi dan Terpinggir Aku

Sepi dan terpinggir aku
jauh dari kesibukan kota
merantau ke ceruk desa
tidak dipedulikan sesiapa
Biarpun begitu aku mampu berbangga
kerana bisa berbuah subur


sepi dan terpinggir aku
tatkala berbunga kembang
biarpun tidak seharum flora indah
namun tetap berbangga
kerana mampu menyerikan alam ini

sepi dan terpinggir aku
tidak mampu untuk bersuara
tidak mampu menahan waktu
tatkala kehijauan dedaunan itu
bertukar wajah


sepi dan terpinggir aku
di celah rimbunan alam
menggamit seribu pengertian
hakikat sebuah kewujudan
menagih seribu janji
hakikat sebuah kedamaian


nukilan:KM7
29 Julai 2010

4 comments:

  1. terima kasih kpd semua yg komen kat shoutmix saya pasal puisi yang tak seberapa ini.

    ReplyDelete
  2. To xanturen;
    terpulang kpd tafsiran masing2

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.