KOLEKSI ISTIMEWA

Thursday, August 26, 2010

'Maafkan papa dan mama'


Pasangan tinggalkan 9 anak janji pulang pada Aidilfitri

KUALA LUMPUR: Kepada anak-anak, harap maafkan papa serta mama dan bersabarlah menunggu kami pulang pada Aidilfitri nanti. Saya memang sentiasa teringatkan mereka setiap masa. Bapa mana yang tak sayangkan anak, tapi ramai yang tidak tahu, malah tidak faham masalah yang saya hadapi hingga terpaksa meninggalkan mereka.

Selepas mengetahui cerita mengenai saya melalui akhbar Ahad lalu, saya diselubungi rasa bersalah dan malu tetapi mereka tidak faham apa yang berlaku kerana ia terlalu peribadi untuk diceritakan.

Saya tahu ramai yang menyalahkan saya, tapi pada hari dan bulan baik ini, saya sanggup melupakan semua sengketa seperti mentua yang berjanji melakukan perkara sama dan sangat berharap anak-anak dan keluarga maafkan saya, kata Mahadi Che Mansor, 31, yang meninggalkan sembilan anak bersama bapa mentuanya, Kassim Mat Diah, di Kuala Krai, Kelantan kerana perselisihan faham sejak tahun lalu.

Mahadi yang ditemui di bengkal tempat beliau bekerja di Bukit Angkasa, di sini sejak sebulan lalu sebak ketika mengakui terlalu rindukan semua anak dan menyesali perbuatannya yang terlalu mengikut kata hati selepas perselisihan faham dengan isteri dan keluarga mentua.

Pada Ahad lalu, Berita Harian menyiarkan gambar anaknya bersama kad raya yang merayu Mahadi dan isterinya Kasmaliza Kassim, 29, kembali menjenguk mereka diikuti beberapa berita lain selepas itu, Semalam seorang pembaca yang enggan namanya disiarkan menghubungi pejabat akhbar ini di Kota Bahru bagi memaklumkan lokasi Mahadi dan isterinya.

sumber:Berita Harian Online 26/8/10

4 comments:

  1. Rupa dia kat surat khabar innocent je..huhuh.. Brutal juga rupa sebenarnya mamat nih.

    ReplyDelete
  2. best juga kalau difilemkan
    kisah ini.Boleh dijadikan pengajaran.
    apa pun...
    Aidilfitri ini cukup
    bermakna buat mereka sekeluarga.
    salam aidilfitri

    ReplyDelete
  3. jgn disebabkan masalah peribadi, anak2 yang menjadi mangsa. kesian kat anak2 2

    ReplyDelete
  4. jgn jadikan anak2 mangsa keadaan..takut mengganggu emosi anak2..

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.