expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Wednesday, September 22, 2010

Al-fatihah buat 3 kematian

(foto:Google)

en3 kali ini agak suram kerana berkisar tentang kematian.Terlebih dahulu,mohon maaf sekiranya en3 pada kali ada menyentuh sensitiviti mana-mana pihak.KM7 ingin berkongsi kisah kematian yang berlaku hampir serentak di kampung KM7.Berita tentang kematian tersebut KM7 perolehi setelah pulang ke kampung sebentar tadi.

(foto:Google)

Kematian 1:

Berlaku pagi semalam.Seorang lelaki tua,dalam lingkungan 70 an.Arwah meninggal dunia di sebuah kedai kopi semasa dia sedang makan pagi.Memang tidak diduga,hampir siap makan pagi,mengadu sakit dada kemudian menghembuskan nafas terakhir.(arwah tiada rekod sakit jantung)

Kematian 2:

Berlaku pagi tadi.Seorang wanita tua,rumah bersebelahan dengan lelaki tadi.Ada pertalian keluarga juga.Arwah memang sudah lama sakit.

Kematian 3:

Berlaku petang tadi.Seorang perempuan dalam lingkungan 40an.Mempunyai 9 orang anak. Kesemua anaknya masih belum berkahwin.Meninggal di rumah sendiri.


1. KM7 mengucapkan takziah kepada semua keluarga yang terlibat.

2. Kematian boleh berlaku bila-bila masa.

3. Dalam kesibukan urusan seharian,marilah kita mengingati kematian juga.

4. Paling penting:Bersediakah kita untuk menghadapi MATI????


AL-Fatihah

7 comments:

  1. Al-Fatihah..ajal maut kuasa Tuhan.semoga roh mereka dicucuri rahmat, ameen..

    ReplyDelete
  2. Al-Fatihah, semoga roh mereka di cucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan org2 yg beriman..amin..

    ReplyDelete
  3. Al fatihah buat semua mereka,semoga di tempatkan bersama roh orang orang yang soleh....kematian itu sesungguhnya sangat sangat dekat dengan kita...

    ReplyDelete
  4. semoga roh arwah bersama dengan org2 yg beriman.. amin

    ReplyDelete
  5. Al-Fatihah dan salam takziah buat ketiga-tiga ahli keluarga

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.