2. Artikel berikut,KM7 petik daripada akhbar Utusan Online dalam ruangan keluarga berkisar tentang perlakuan suami yang mengutamakan kekasih barunya berbanding isteri dan anaknya sendiri.
3. Semoga paparan kisah ini memberikan pengajaran buat kita semua.
SEORANG isteri akan menatang suaminya bagaikan minyak yang penuh, tetapi sanggupkah suami berbuat demikian untuk isteri?
Hakikatnya jarang ditemui suami yang sanggup melakukan apa sahaja untuk isteri sedangkan isteri selalu sanggup berkorban untuk mereka.
Inilah kisah yang ingin saya kongsi bersama pembaca, kiriman seorang wanita yang hanya mahu dipanggil sebagai Maria.
Kita ikuti cerita Maria: "Saya dan suami, Norman, berumur lewat 40-an dan telah berkahwin selama 20 tahun. Kami dikurniakan dua orang anak perempuan, berumur 18 dan 15 tahun.
"Saya seorang pegawai kerajaan manakala Norman seorang pengurus di sebuah hotel di Kuala Lumpur. Kami sekeluarga menginap di hotel kerana jawatan suami sebagai pengurus residen.
"Perkahwinan kami berlangsung setelah tiga tahun berkenalan. Norman seorang yang agak tampan walaupun telah berumur. Di samping itu dia mempunyai ramai kenalan terutama perempuan.
"Sejak awal perkahwinan lagi Norman telah beberapa kali membuat hubungan dengan perempuan lain tetapi tidak berpanjangan kerana saya selalu bersabar demi anak-anak yang masih kecil.
"Bagaimanapun sejak dua tahun kebelakangan ini Norman telah menjalin hubungan dengan seorang pekerjanya di bahagian jualan yang saya namakan Zann berumur dalam 30-an.
"Semuanya bermula apabila mereka kerap membuat aktiviti sukan anjuran pihak hotel. Sejak itu mereka selalu berlatih bersama terutama lepas waktu pejabat.
"Biasanya dia pergi senyap-senyap dan saya tahu pun anak-anak yang bercakap sebab nampak dia keluar memakai pakaian sukan.
"Hubungan mereka semakin rapat dan intim dari hari ke hari. Biasalah bila ada hubungan sulit telefon bimbit tidak pernah lekang dari tangan dan disorokan kerana bimbang saya ketahui rahsia mereka.
"Oleh kerana kami sekeluarga tinggal di hotel dan Zann pun bekerja di situ selalulah terserempak sama ada di dalam lif, di ruang legar hotel atau di restoran.
"Zann dengan lagaknya yang sombong dan gedik akan menjeling dan memalingkan mukanya setiap kali terserempak dengan saya.
"Jika dahulunya Norman seorang pengurus yang sungguh komited dan mengambil berat mengenai pekerja-pekerja lain tetapi akibat dari hubungan sulit itu dia menjadi sebaliknya.
"Zann juga semakin berani menelefon atau SMS (khidmat pesanan ringkas) Norman walaupun mengetahui ketika itu Norman berada dengan saya dan anak-anak.
"Ini menyebabkan Norman tidak senang duduk dan akan berpura-pura keluar untuk menjawab panggilan Zann. Saya pernah terbaca SMS cinta mereka dan saya tahu mereka selalu berhubungan dan menghabiskan masa bersama.
"Bahkan anak-anak juga tahu kerana pernah mendengar perbualan telefon ayah mereka dengan perempuan itu.
"Di samping itu saya pernah terjumpa buku cek Norman yang telah beberapa kali memberi sejumlah wang kepada Zann.
"Kawan-kawan pejabat dan hotel yang bersimpati ada menyampaikan kepada saya yang mereka pernah terserempak Norman dengan Zann keluar berdua-duaan dalam keadaan yang 'mesra'.
"Perkara ini telah beberapa kali saya minta penjelasan dari Norman sambil memberikan bukti-bukti yang ada.
"Kami pernah berperang besar dan tidak bertegur sapa selama beberapa minggu kerana perkara ini. Saya merasa sungguh sedih dan kecewa kerana dia berterusan berlaku curang pada saya.
"Mungkin Norman tidak melepaskan saya kerana menjaga statusnya sebagai pengurus hotel yang kononnya mempunyai keluarga yang bahagia.
"Pada usia yang hampir setengah abad ini saya idamkan rumah tangga yang bahagia di samping suami dan anak-anak tetapi sebaliknya hanyalah mimpi kosong.
"Lumrah kehidupan berumah tangga semasa dalam kesusahan ditanggung bersama tetapi apabila telah berjaya dan berkedudukan tinggi isteri diabaikan.
"Sebaliknya hanya keburukan dan kekurangan isteri yang dijaja. Saya sedar saya bukannya seorang isteri yang sempurna dan ada kelemahan.
"Jika saya seorang yang ingin berubah untuk memuaskan hatinya dan menyelamatkan rumah tangga kami kenapa dia juga tidak cuba berbuat demikian.
"Saya pernah memberitahu kepada keluarga mertua mengenai perkara ini tetapi mereka juga tidak terdaya menasihatkannya kerana suami menanggung hidup mereka.
"Keluarga saya pula sentiasa menasihatkan saya supaya bersabar, sembahyang dan banyak berdoa kepada Tuhan. Saya harus kuat menghadapi dugaan ini dan mungkin juga ada rahmat di sebaliknya yang saya sendiri tidak tahu.
"Sekiranya Norman membaca cacatan ini saya sangat berharap dia dapat menyelesaikan masalah rumah tangga kami dengan baik.
"Anak-anak pun semakin membesar dan faham dengan apa yang berlaku di antara ayah dan ibu mereka. Sedikit sebanyak pergolakan ini menyebabkan anak-anak menjadi muram dan terganggu pelajarannya.
"Pernahkah suami terfikir apa perasaannya sekiranya perkara ini terjadi kepada anak-anaknya pula?
"Kepada Zann tahniah kerana berjaya menghancurkan rumah tangga saya dan bakal menggugurkan status andartu.
"Tapi jangan lupa satu perkara, hidup di dunia ini tidak lama kerana akhirat juga yang kekal. Jadi beringat-ingatlah!," demikian pesanan Maria sebelum menutup ceritanya.
Kisah Maria telah banyak diperkatakan dan menjadi trend dalam masyarakat hari ini. Saya yakin masih ada jalan penyelesaian buat Maria dan Norman untuk kembali hidup normal seperti pasangan suami isteri lain.
Permuafakatan menjadi jalan terbaik memulihkan keadaan.
Sebagai suami, sampai bila anda harus mendera hati dan perasaan isteri?
Sekarang setiap ganjaran Allah bayar secara tunai, ertinya semasa hidup telah ditunjukkan, belum lagi ganjaran di akhirat kelak.
Buat perempuan yang menjadi orang ketiga itu, sudah-sudahlah mengganggu kebahagiaan orang. Jangan kerana terdesak dek umur yang lanjut anda bertindak menjadi perampas. Bukankah lebih manis jika digoda lelaki bujang?
Buat Maria, terus bersabar dan berdoa, mudah-mudahan ada keajaiban yang akan berlaku.
Menutup kata, pesanan saya, mencuba itu memang lambat tetapi Insya-Allah hasilnya membahagiakan! Salam
sian bini dia... xptut btol..
ReplyDeletewah...ini sudah lebih. tapi saya pernah dengar ceramah motivasi. kata penceramah (tak ingat sape namanya) tu, perlu baiki kesilapan dengan kasih sayang.
ReplyDelete