Petang tadi semasa KM7 belek-belek foto lama,terjumpalah foto-foto ini.Haaa nak tahu foto apa?Foto koleksi mainan Imdad,anak sulung KM7.Sekarang ni Imdad sudah masuk 5 tahun tetapi minatnya masih lagi sama iaitu suka kepada mainan kenderaan terutamanya kereta.
Kalau nak dikira,tak terkiralah bilangan kereta yang dimilikinya.Maklumlah setiap kali ke pasar raya atau kedai,mesti diminta untuk dibelikan kereta mainan.Anak sulunglah katakan,kesian pula kalau tak dibeli.
Imdad ni tak suka kereta yang besar-besar tau!Dia suka main kereta yang kecil-kecil,disusunnya macam kenderaan di jalan raya tu.Apa lagi,adalah aksi-aksi lumba dan accident.Biarlah dia dengan imaginasinya.
Masa umur setahun dulu,Imdad suka dengan bola.Pantang nampak bola mesti dia nak.Ingatkan nak jadi pemain bola sepak.Hehe...masuk 2 tahun hingga sekarang dah tukar hobi pula kepada kereta.
Dah banyak model kereta yang Imdad sudah mengenalinya.dari kancil,wira ,waja hinggalah BMW,Ferrari,Swift,Mercedes dan lain-lain.Sekarang ni dia suka main teka model kereta dengan KM7.aduh..letih nak menjawabnya.
best nya.... minta la satu kete.... cacing ada gak kete... tapi hotwheel. la.... ada 40 biji semuanya(tetiba nak gtau.... heheheh)
ReplyDeleteTo:cacing
ReplyDeletetayanglah hotwheel tu kat blog anda....
anak saya mesti suka tengok tu.hehe.dia pun ada gak koleksi tu,tapi taklah sebanyak awak.
wahh byknyerr kereta..... ciklinn dah lama tak membeli menan utk hero2 tu sbb tak sampai umah.. habis dah tertanggal tayar semua.. baik murah baik mahal sama jerlah...malas dah mama eh nek belikan menan...
ReplyDeletehehe..bese la budak2 sekarang. lagi2 anak sulung.. saya anak sulung sampai sekarang manja macam bongsu je.. hehe..best nye la kereta banyak.. janji dia tak rosakkan and reti jaga, kira ok la kan?? :D
ReplyDelete