KOLEKSI ISTIMEWA

Monday, September 20, 2010

Tauke Kereta ker?


Petang tadi semasa KM7 belek-belek foto lama,terjumpalah foto-foto ini.Haaa nak tahu foto apa?Foto koleksi mainan Imdad,anak sulung KM7.Sekarang ni Imdad sudah masuk 5 tahun tetapi minatnya masih lagi sama iaitu suka kepada mainan kenderaan terutamanya kereta.




Kalau nak dikira,tak terkiralah bilangan kereta yang dimilikinya.Maklumlah setiap kali ke pasar raya atau kedai,mesti diminta untuk dibelikan kereta mainan.Anak sulunglah katakan,kesian pula kalau tak dibeli.



Imdad ni tak suka kereta yang besar-besar tau!Dia suka main kereta yang kecil-kecil,disusunnya macam kenderaan di jalan raya tu.Apa lagi,adalah aksi-aksi lumba dan accident.Biarlah dia dengan imaginasinya.



Masa umur setahun dulu,Imdad suka dengan bola.Pantang nampak bola mesti dia nak.Ingatkan nak jadi pemain bola sepak.Hehe...masuk 2 tahun hingga sekarang dah tukar hobi pula kepada kereta.



Dah banyak model kereta yang Imdad sudah mengenalinya.dari kancil,wira ,waja hinggalah BMW,Ferrari,Swift,Mercedes dan lain-lain.Sekarang ni dia suka main teka model kereta dengan KM7.aduh..letih nak menjawabnya.



Kenapa tauke kereta?dah penat ker?Masa ni adiknya belum ada,jadi main sorang2 tanpa gangguan.Sekarang?jangan haraplah nak susun kereta macam tu lagi,mesti dikacau oleh si adik.kesian...



Itulah sebahagian foto mainan si Imdad ni.Nanti di lain en3 KM7 akan selitkan koleksi kereta yang lain pula.Bertuah budak-budak sekarang ni,banyak betul mainan.Masa KM7 kecil-kecil dulu kalau dapat sebuah kereta mainan pun dah cukup suka.


4 comments:

  1. best nya.... minta la satu kete.... cacing ada gak kete... tapi hotwheel. la.... ada 40 biji semuanya(tetiba nak gtau.... heheheh)

    ReplyDelete
  2. To:cacing
    tayanglah hotwheel tu kat blog anda....
    anak saya mesti suka tengok tu.hehe.dia pun ada gak koleksi tu,tapi taklah sebanyak awak.

    ReplyDelete
  3. wahh byknyerr kereta..... ciklinn dah lama tak membeli menan utk hero2 tu sbb tak sampai umah.. habis dah tertanggal tayar semua.. baik murah baik mahal sama jerlah...malas dah mama eh nek belikan menan...

    ReplyDelete
  4. hehe..bese la budak2 sekarang. lagi2 anak sulung.. saya anak sulung sampai sekarang manja macam bongsu je.. hehe..best nye la kereta banyak.. janji dia tak rosakkan and reti jaga, kira ok la kan?? :D

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.