expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Friday, October 29, 2010

Bola punya pasal


Bola punya pasal..... 
orang berebut-rebut dapatkan tiket
mahal sikit pun tak mengapa
janji dapat menonton perlawanan akhir ini.

Bola punya pasal
berpusu-pusu ke Bukit Jalil
hujan panas tak jadi halangan
asalkan dapat memberi sokongan

Bola punya pasal
ada hati yang terluka
tak dapat masuk ke dalam stadium
lantaran kuota sudahpun penuh

Bola punya pasal
kesesakan lalu lintas dan kibaran bendera
menjadi penyeri jalanan
seolah-olah inilah pestanya

Bola punya pasal
akan berlakukah perbalahan
dek sokongan yang keterlaluan
menjarakkan lagi silaturrahim

Bola punya pasal
boleh menyatukan warga di bawah satu bendera
melupakan seketika warna kulit dan fahaman
kemenangan lebih utama

Bola punya pasal
macam-macam boleh jadi
biarpun saiznya kecil 
tapi besar pengaruhnya.





5 comments:

  1. Sorry for my bad english. Thank you so much for your good post. Your post helped me in my college assignment, If you can provide me more details please email me.

    ReplyDelete
  2. kalau dah nama bergaduh tu...
    dua2 tak berfaedah.

    ReplyDelete
  3. bola punya pasal
    harap-harap kemenangan berpihak kepada kelantan
    semoga tiada lagi perbalahan
    sama-sama raikan perlawanan
    kemenangan mahupun kekalahan
    dalam keadaan yg aman

    all the best red worriors

    ReplyDelete
  4. sokong kelantan la kali ni, utk final PM. Nak sokong negeri sendiri xdpt masuk final (perak). Harap2 xde insiden yg x diingini time final nnti..

    ReplyDelete
  5. macam-macam boleh jadikan pasal bola je. ngeri,,hope kali nih janganlah ada insiden lagi. menakutkan je.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.