KOLEKSI ISTIMEWA

Saturday, October 9, 2010

Harga susu dijangka naik

harga produk susu di pasaran tempatan mungkin naik jika bahan mentah hasil tenusu di pasaran dunia meningkat. - Gambar hiasan

SEREMBAN – Kerajaan menjangkakan harga jualan susu termasuk produk tenusu tempatan dijangka naik dalam tempoh terdekat ekoran peningkatan harga bahan mentah barangan tenusu di pasaran dunia.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kenaikan harga susu tidak dapat dielakkan memandangkan pengeluar dan pengilang di negara ini terpaksa menanggung kos belian import hasil tenusu yang tinggi.

“Jika kita membeli barang dengan harga mahal, sudah pasti kita terpaksa jual dengan harga yang lebih tinggi.

“Pun begitu, pengguna tidak perlu rasa bimbang kerana buat masa ini harga susu kita masih dikekalkan seperti biasa dan belum lagi ada sebarang kenaikan,” katanya selepas merasmikan bangunan baru Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan negeri di Seremban 2 di sini semalam.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan akhbar berhubung harga tepung susu tanpa lemak yang merupakan bahan mentah tenusu utama dijangka meningkat kepada lebih AS$3,000 (RM9,630) satu tan metrik tahun ini berbanding AS$2,100 (RM6,741) satu tan metrik dalam suku keempat tahun lalu.

Kosmo Online:9/10/10

1 comment:

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.