expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Sunday, October 17, 2010

Tanjung Chap Beach Resort

Cantik tak pokok kelapa dan pantai di atas?foto tu KM7 rakam petang tadi semasa berkunjung ke Tanjung Chap Beach Resort,yang terletak dalam daerah Bachok.Lebih kurang 10 minit dari bandar Bachok.Ini kali pertama KM7 ke resort tu.

Buat apa kat sana?saja jer jalan-jalan.opsss....sebenarnya KM7 sekeluarga pergi atas jemputan pelajar 5IS sekolah tempat KM7 bertugas.Mereka ada buat kem fizik selama sehari kat sana.Tak bermalam pun.Pada sebelah petang,adalah acara makan-makan sikit.


Seronok anak-anak dapat main kat pantai.Pantai di sini landai dan bersih.Sesuai untuk mandi-manda.


Tu dia..pelajar lelaki 5IS yang nampak happy jer dapat main air laut.Tu baru main di gigi air....atas sebab keselamatan mereka tidak dibenarkan mandi laut.


Pelajar perempuan bersama isteri dan anak-anak KM7


Pemandangan resort dari pintu masuk.Menghadap ke laut tu...


Semasa perjalanan pulang,singgah di pantai Irama Bachok.Apa lagi...makan sate la....


4 comments:

  1. Cantiknya pantai... Selalu balik Machang, tak pernah sampai Bachok lagi..

    ReplyDelete
  2. belum pernah sampai lagi kat sini.. :)

    ReplyDelete
  3. bestnya dapat jalan2..nie asyik terperuk jer dlm gua nie aper citer..huhu

    ReplyDelete
  4. Balik kampung nanti,nampak gaya kena jalan ke sana juga lah.Mesti banyak perubahan yang berlaku.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.