expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Thursday, November 4, 2010

Blogwalking atau lebih baik tidur saja....

Salam semua,

      Lain macam saja bunyi tajuk tu.Memanglah,dua tiga hari ni KM7 berada dalam dilema,sama ada nak terus blogwalking atau lebih baik tidur saja.Nak tahu kenapa?Tak lain dan tak bukan........pasal internet sangat teruk.Masalahnya signal talian tahap excellent,tapi nak buka blog punyalah lama.Bukan blog saja,nak baca suratkhabar pun mengambil masa.Sebelum ni ok jer...Mungkinkah musim banjir ni turut menyumbang kepada masalah ini?

      Bayangkan betapa sengsaranya menunggu untuk paparan sesuatu blog pada skrin ni......mengambil masa hampir lima minit.Itu bagi blog yang simple dan mudah untuk dilawati.Bagi blog yang ada macam-macam aksesori di dalamnya...alamat tertidur dululah baru dapat masuk ke blog itu.

      Terfikir juga situasi begini merugikan masa saja.Tidur lagi bagus kan.Tapi kan...minat berblogging punya pasal,tunggu la juga depan skrin ni.Huhu....terharunya.Kalau macam ni mesti trafik jatuh menjunam....Bagaimanapun terima kasih banyak-banyak kepada pengunjung setia ke blog KM7...Seboleh-bolehnya KM7 akan balas setiap lawatan anda selagi terdaya...

      Oklah...Selamat berblogging semua.Terima kasih...

6 comments:

  1. Slm KM 7.. slmt berkenalan..new blogger ni

    ReplyDelete
  2. slm Ummi..slmt berkenalan juga.
    selamat berblog,semoga anda gembira menjadi blogger.

    ReplyDelete
  3. sabar...sy pun bengang td...internet tetibe lembab T_T

    ReplyDelete
  4. yer CharLie..
    bermula jam 1 pagi...wah laju bukan main lg internet ni..hehe
    tak jadilah nak tido..

    ReplyDelete
  5. salam...

    Setuju juga sebenarnya..time internet slow mungkin masa yg ada blh dibuat kerja/tugasan lain atau berehat saja.

    ReplyDelete
  6. huhuuu..thanks dtg blog chekleen..
    harap blog chekleen takde la berat ye..

    :)

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.