Malam ni ada pasar malam kat sini
Dah lama rasanya tak ke pasar malam
Kalau pergi pun
sekadar beli nasi dan makanan.
Seingat KM7
pasar malam kat rumah KM7 ni
dah lama wujud...
masa KM7 kecil-kecil dulu selalu juga
ke pasar malam ni dengan keluarga.
Berjalan kaki lagi ke sana
seronok juga berjalan ramai-ramai ke sana
Budak-budaklah golongan yang paling suka
apabila dibawa ibu bapa ke pasar malam.
Seolah-olah macam perayaan pula.
Maklumlah bukan selalu dapat ke sana.
Tapi sekarang kenapa macam tak seronok jer
mungkin masa telah merubah segalanya.
Lagipun sekarang kan kedai dah banyak
jadi pilihan pun pelbagai.
Kalau dulu orang kampung sering tertunggu-tunggu
ketibaan pasar malam yang diadakan sekali seminggu
kini,keadaannya tidak semeriah dulu.
yang tinggal hanya kenangan....
yup! feel d same too.. tak semeriah dulu..
ReplyDelete