KOLEKSI ISTIMEWA

Tuesday, November 30, 2010

Menulis blog memerlukan kesabaran yang tinggi

(foto:Google)

Assalamualaikum.Dua hari KM7 tak menulis blog,rasa macam 2 tahun.Alasannya biasalah sibuk...Kalau anda perasan 2 hari ni KM7 upload berita-berita dari surat khabar jer dalam blog.Rasa macam tak puas pula apabila tidak mengarang sendiri ni.

Sebenarnya dalam keterbasan waktu itu masih sempat kalau KM7 ambil sedikit waktu untuk menulis blog.Tapi KM7 dapat bayangkan hasil penulisan yang tergesa-gesa itu pastinya tidak berkualiti.Kalau diri sendiri tak puas hati,apa lagi pengunjung-pengunjung blog yang datang membaca...Tak tahulah pula kot-kot ada yang berkunjung tinggalkan jejak jer,tak baca pun en3 yang kita tulis.

Apa yang ingin KM7 kongsikan di sini ialah untuk menulis blog semestinya memerlukan kesabaran yang tinggi. Bermula dengan pencarian idea sehinggalah penyusunan ayat-ayat untuk melengkapkan cerita atau idea yang ingin disampaikan.Seboleh-bolehnya setiap en3 yang disiarkan itu memberi manfaat kepada diri sendiri dan pembaca-pembaca blog yang setia.

Sebaiknya en3 kita tu tidak bersifat syok sendiri.Memang benar blog kita...kita punya pasallah kan.Tapi harus diingati bahawa blog sedemikian tidak akan dikunjungi untuk kali kedua.Kalau datang pun mungkin tak sengaja,dan cuma tinggalkan jejak.Nak baca en3..hmm lupakan saja...buat sakitkan hati atau membuang masa.

Justeru  marilah kita sama-sama menghasilkan en3 yang berkualiti supaya pelayaran dan pengembaraan di alam maya memberi manfaat buat kita semua.


7 comments:

  1. Sokong sangat.ade tu sampai tunggang langgang post entry.huhu.

    ReplyDelete
  2. haa saya sokong KM7!tapi kan, kadang2 terfikir jugak, ni ramai2 tegur kat shoutbox ni diaorang baca ke tak entry aku??em persoalan yg tak terjawap lg..

    ReplyDelete
  3. Zaer,
    betul tu...sabar jer la..

    Siti,
    Kalau org tak baca,jangan kecil hati..takpe asalkan kita rasa puas hati dapat menyuarakan pendapat dalam blog sendiri.

    ReplyDelete
  4. camne plak pandangan KM7 pasal entri panjang2?
    ada tak org nk baca?
    sbb kat blog rmai dh tegur ckp semua entri pnjg2,haha
    tp tak sure la diorang baca ke tak

    tp kan, sy suka menulis sbb di lain masa, sy sendiri akan belek satu persatu entri yg sudah2
    sbgai mengimbau kenangan

    ReplyDelete
  5. kadang-kadang kalau nak dilihat dari segi lain banyak sangat yang ikut2an gaya penulisan.copas(copy&paste)pon berlambak sebab janji update post.ntah lha susah nak cakap..let it be.

    apapon setuju apa KM7 tulih.

    ReplyDelete
  6. penaberkala,
    entri pjg2 ada peminatnya tersendiri.Tambah2 klu isu menarik dan ada kaitan dgn pembaca.Secara peribadi KM7 rasa entri yg pjg sangat tak akan dibaca sepenuhnya...speed reading jer,tgk mana2 yg berkenan.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.