expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Monday, November 8, 2010

Peperiksaan...perkara biasa


       Musim peperiksaan tiba lagi.Tak kiralah di mana,sekolah,IPT,dan sebagainya.Ada yang risau...ada juga yang tak kisah dengan peperiksaan ini.Bagi pelajar,inilah masanya untuk menunjukkan penguasaan anda dalam pelajaran seterusnya membuktikan kejayaan itu milik anda.

      Ibu bapa juga tidak sabar-sabar untuk melihat sejauhmana potensi anak-anak dalam pelajaran.Justeru peperiksaan sangat penting sebagai pengukurnya.Jangan tak tahu pula,kadang-kadang ibu bapa lebih cemas menantikan keputusan anak-anak mereka.Maklumlah setelah sekian lama membuat pelaburan terhadap pelajaran anak-anak,inilah masa untuk melihat hasilnya.

      Jadi peperiksaan bukanlah perkara asing dalam kehidupan kita.Sejak tadika hinggalah ke menara gading kita bertemu dengan peperiksaan.Malah setelah bekerja pun kita akan menduduki peperiksaan tertentu untuk kenaikan pangkat dan sebagainya.Kekerapan menduduki peperiksaan ini menjadikan kita sudah biasa dengannya.Maka janganlah takut atau cemas menghadapi peperiksaan.

3 comments:

  1. setuju...
    sampai da keja ni pon dok lalui lagi alam peperiksaannnn

    ReplyDelete
  2. anak saya minggu lepas dh abis peksa..siap konvo lagi semalam..akeke..tadika pun nk konvo jg ye tak.

    tp sy tetap cemas klau sy dlm bilik peperiksaan..huhu :)

    ReplyDelete
  3. tadika pun dah konvo...hehe
    siap bagi bunga lg tu..

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.