expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Monday, November 15, 2010

Pujilah diri sendiri

     

        Pernah dipuji?mesti kembang hidung kan.hehe...Kalau segan nak kembang hidung tu...kembang hati pun jadilah.Itu kalau orang pujilah.Kalau tak ada yang nak puji kita..haa...pujilah diri sendiri.Kenapa KM7 suruh puji diri sendiri ni?Sebab utamanya ialah sebagai perangsang kepada diri sendiri supaya kita lebih rajin dan bersemangat untuk bekerja atau apa-apa sajalah.Maklum sajalah,bagi orang-orang yang low profile ni,mesti hasil kerja atau kebolehan kita tu orang tak pandang.Kalau diri sendiri tak puji,siapa lagi kan...

      Sebut pasal puji-pujian ni,ada juga yang tak ikhlas memberi pujian.Hanya untuk menyedapkan hati pendengarnya saja.Jadi kalau ada orang yang selalu memberi pujian yang keterlaluan tu faham-fahamlah.. jangan perasan pula...Kadangkala orang macam ni jenis talam dua muka.Depan kita punyalah manis berkata-kata dengan pujian menggunung tinggi.Tapi di belakang kita...apa dia tak kata?

      Ada saranan supaya kita membuat sesuatu pekerjaan itu dengan ikhlas tanpa mengharapkan pujian.Betullah tu,tapi sebagai manusia biasa,kita perlukan motivasi diri juga.Puji-pujian juga boleh mendatangkan motivasi.Sebagai suami isteri,eloklah saling memberi pujian.Sebagai bos pula,sesekali tu pujilah orang bawahan juga.Yang kena puji pula,jangan sampai riak...tak baik tau!

      Jadi marilah kita puji diri sendiri...setuju tak?

3 comments:

  1. kadang pujian orang boleh memakan diri sendiri.. :) kena tahu sama ada orang memuji atau memerli..

    pujian ke atas diri sendiri juga kena berpada.. jangan masuk bakul angkat sendiri sudah.. :P

    ReplyDelete
  2. setuju cikgu, nice entri

    bg pandangan saya plak:
    puji diri sendri takpe asalkan kita lbh bersemangat, bukannya asyik syok sendiri

    puji dari org lain kena berhati-hati
    kdg-kala org puji nak jatuhkan kita dlm senyap, tp ada yg gak yg ikhlas

    konklusi, biarlah kita semua
    "tak hidup dek puji, tak mati dek keji"

    kita lbh tahu siapa kita yg sebenar
    terima seadanya

    ReplyDelete
  3. kalu pasangan yg puji mmg kembang semangkuk! heheh

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.