(foto:Google)
Masa ke pasar raya malam tadi
singgah di bahagian makanan ringan.
wow...banyak betul jenis makanan ringan sekarang
pelbagai nama,pelbagai perisa.
Bungkusannya cantik-cantik belaka.
*
*
Tiba-tiba saja teringat
masa kecil-kecil dulu KM7 pun suka juga
makan makanan ringan ni...
tapi dulu beli dalam bungkusan yang kecil jer.
harga dalam 10 atau 20 sen jer satu
beli pula kat kedai-kedai runcit di kampung.
hmm bayangkanlah dalam sehari tu
sampai dua atau tiga kali pergi ke kedai runcit
untuk membeli makan ringan atau jajan ni.
*
*
*
KM7 sendiri pun dah lupa nama-nama makanan ringan tu.
masa tu KM7 tak ada kamera lagi.
kalau ada,boleh juga tangkap gambar buat kenangan.
satu lagi,lupalah nak simpan bungkusan
makanan tu.
Ada beberapa jenama makanan yang masih ada sampai sekarang,
cuma bungkusan dan kuantitinya sudah berubah.
apa-apapun...yang dulu-dulu juga paling best.
ish...nostalgia betullah...
*
*
*
makan makanan ringan ni tak baik untuk kesihatan
tapi kalau makan dalam jumlah yang sedikit tu tak apalah kan..
nostalgia masa membeli dan makan makanan ringan
zaman kanak-kanak dulu
tak mungkin dapat dilupakan.....
hmmm baca tajuk ni sambil makan Mister Potato...ni zaman skrg nya jajan..dulu-dulu zaman 70 an takde lagi kut.
ReplyDeletesuka ding dang sebab nak menan hehe
ReplyDelete