KOLEKSI ISTIMEWA

Tuesday, November 30, 2010

Sang Kancil ni meragamlah pula

Assalamualaikum.Kisah kancil pula kali ini,tapi bukan sang kancil dalam zoo.Kancil ni berkaki empat..opsss bertayar empat...KM7 nak cerita pasal kereta kancil kepunyaan isteri KM7 yang meragam hari ni.

Alkisahnya isteri KM7 ni nak menyelesaikan satu urusan di bandar Kota Bharu pagi tadi.Sebelum pergi...dengan confidentnya dia check kereta tu sendiri.

Tengah harinya pula,sempat lagi di pulang ke kampungnya sekejap.Dalam perjalanan pulang semula ke rumah....kancil tu dah buat hal...maka dia pun parking la kat tepi jalan.Bayangkan kalau kereta tu meragam kat tengah-tengah jalan...haru dibuatnya.Meter suhu/temparature dah naik ke warna merah maksimum lagi tu.

Kebetulan kejadian ni tak jauh dah dari rumah,maka dengan pantasnya KM7 ke sana setelah mendapat panggilan kecemasan.Risau juga...masalah apa pula gerangan si kancil ni hari ni.

KM7 ni bukan tahu sangat pasal kereta.Tapi buat-buat tahu je lah.hehe...adusss...lawak betul rupa-rupanya penutup air penyejuk/cooler tu terbuka.....kering habis air dalam bekas tu.Siap elok jer letaknya penutup tu kat atas bateri kereta.Nasib baik tak jatuh.Barulah isteri KM7 ni perasan...pagi tadi masa check air tu dia lupa nak tutup balik.Haaa....kan dah kena....nasib baik kereta tu tak meletup tadi..hehe

Pengajarannya kat sini...sebelum memulakan perjalanan elok check dulu kenderaan.Tapi tadi dah check...ada pula masalah lain...nasib lah...cubaan.....Kemudian handphone kena bawa tau! senang nak hubungi sesiapa kalau apa-apa hal terjadi.Pastikan handphone tu ada kredit la....hehe

4 comments:

  1. huhu..nasib x terjadi apa²...

    kejadia yg sama jugak pernah terjadi kpd kami
    asben tutup x kuat..makanya bila keta bergerak..tutup tuh terjatuh. masa tuh on d way balik terengganu..
    baru sampai area tesco ampang..dah berasap keta~! huhuhu..
    last nya..ads ngan adik duk lam keta ngan label 'on tow' ..keta senget ..tinggi depan. kami menyandar lam keta..malu..bila ada yg ushar time kat traffic lite..pasal asben duk lam keta towing tuhhhh...aarghh....



    ads dah dapat keychain..TQ.TQ..
    http://adiyahana.blogspot.com/2010/11/keychain-km7.html

    ReplyDelete
  2. ana,
    dah dpt keychain...bagus..

    Itulah kalau bawa kereta ni mcm2 hal blh berlaku.Kisah ana n family tu lg best..hehe..blh d jadikan pengalaman dan pengajaran..

    ReplyDelete
  3. betul ker ada org kata...lupa tu tanda dah tua...hehe jgn marah yer..

    ReplyDelete
  4. Sangat posting baik..

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.