Thursday, November 25, 2010
Sedapnya tidur....
Salam semua.
Ada yang masih tidur?atau ada yang belum tidur hari ini?
Tidur ni memang best lah kan.Ditambah lagi kalau dapat tidur pada hari cuti,kemudian hujan pula hari tu.
Setiap manusia mesti tidur untuk mendapatkan rehat yang cukup.Jumlah masa tidur yang diperlukan bergantung kepada usia seseorang.Bagi dewasa,rasanya 5-6 jam sehari tu dah cukuplah kan....Kalau terlebih tidur tak baik untuk kesihatan...
Orang yang terlebih tidur ni....boleh dikategorikan orang yang membuang masa pula.Bayangkan 2-3 jam yang digunakan untuk tidur tu kalau digunakan untuk membuat kerja-kerja lain ...kan banyak faedahnya.Contohnya membasuh kereta,mengemas rumah,membaca,menziarahi kaum keluarga dan sebagainya.
Orang yang berjaya dalam kerjaya biasanya mereka yang tak banyak tidur.Masa bekerja mereka lebih banyak daripada masa tidur.Kerja tu kerja juga,jangan sampai tak tidur yer...Kita memerlukan tidur yang berkualiti bukannya tidur yang berkuantiti.
Selamat tidur lah....zzzz
Labels:
Masyarakat,
tidur
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.