expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Sunday, November 21, 2010

Senangnya memberi alasan....


Salam semua.

Hari ini KM7 akan memperkatakan tentang budaya memberi alasan.Percaya atau tidak,kita sering memberikan pelbagai alasan untuk pelbagai perkara.Tak kiralah perkara itu kecil,mudah,remeh -temeh sehinggalah perkara yang besar.

Persoalannya mengapakah ada dalam kalangan kita ni suka sangat memberi alasan biarpun untuk perkara-perkara yang dianggap tak sepatutnya ada alasan....Jawapannya mudah...Seringkali alasan yang diberikan apabila seseorang itu malas untuk melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan kepadanya. Ataupun faktor dalaman seseorang itu sendiri yang tidak mahu berubah.Contohnya sering mencari pelbagai alasan mengapa sesuatu pekerjaan atau tugasan itu lambat disiapkan.

Sebenarnya kalau dah terbiasa memberi alasan,ia akan menjadi satu perkara yang seronok untuk dilakukan.Yer..la...siapa yang tak seronok kalau boleh datang lambat ke tempat kerja,lambat siapkan tugasan dan lain-lain lagilah...janji kita boleh berikan 1001 alasan kepada bos!Lebih seronok lagi kalau alasan kita tu diterima 100 peratus oleh bos.

Harus diingat,langit tak selalunya cerah....lambat laun suatu hari nanti apabila orang dah bosan dengan alasan kita tu..haaa..baru tau..kot2 ada yang kena buang kerja.ishh..kesiannnya.Jadi ingatlah seseorang yang suka memberikan alasan ni adalah seseorang yang tidak ada motivasi diri untuk berjaya atau cemerlang dalam sesuatu bidang yang diceburi.Marilah kita sama-sama mengurangkan tabiat suka memberi alasan.semoga kita tergolong dalam golongan orang-orang yang berjaya di dunia dan akhirat.

1 comment:

  1. alasan biar kena pada tempatnya jangan menipu sudah, nanti kantoi dah haru plak. kalau boleh kurangkanlah beri alasan kan lagi bagus..

    Latest Entri : Lelaki dan Kanser Payudara

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.