expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Monday, November 22, 2010

Simpanan emas lebih menguntungkan?


KM7 teruja betul apabila membaca tentang emas.Bukan barang kemas untuk isteri,tapi simpanan  dalam bentuk kepingan emas.Tak kiralah kepingan emas yang dikeluarkan oleh bank-bank atau dinar emas.Mengikut pemahaman KM7,elok juga kalau kita menyimpan dalam bentuk emas ni.

Sebab utama,harga emas ni semakin meningkat...jarang jatuh.Kalau turun pun tak banyak.Lainlah jika dibandingkan dengan duit kertas ni..US dollar pun ada ketikanya menjunam.Masa tu ada duit banyak pun tak guna kalau nilainya sedikit.

Emas ni juga tidak rosak.Cuba anda bakar...mesti tak cair.Tapi cuba anda bakar wang kertas (sanggup ker hehe..)hmmm ada ker yang tinggal?ada...tinggal abu ler jawabnya.

Satu lagi nilainya tetap tinggi.Kalau anda ada simpanan emas sepuluh tahun dulu,cuba jual sekarang...Pakcik kayooo...jadinya.Kalau anda ada RM 1000 hari ni.Sama tak barangan yang anda boleh beli dengan wang sejumlah itu pada tahun depan atau 4 tahun akan datang?Mesti tak sama kan...inflasi biasanya semakin tinggi menyebabkan nilai duit kertas ni semakin berkurangan.KM7 tak boleh cerita banyak pasal bukan ahli ekonomi.hehe...

Jadi bagus juga rasanya kita buat simpanan dalam bentuk emas ni.Orang pun tak boleh pinjam duit kita...pasal semuanya dah bertukar jadi emas.......

3 comments:

  1. hahha.. tapi susah jugak nanti. tak boleh bawak merata2.. mesti berat. kalo simpan kat rumah nanti kena kebas dengan pencuri plak. kan dah rugi tue.. =)

    ReplyDelete
  2. lepas nih kena simpan emas plak..Ar-Rahnu menyediakan tempat untuk kita.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.