expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Friday, December 17, 2010

JOM KEMBARA 1: Hari 4 Bahagian 1 Zoo Melaka


Assalamualaikum dan salam ceria.
Dah lama tak post entry  baru.Maklumlah sibuk bercuti...lagipun apabila penat ni..nak buka blog pun tak larat.Apapun entry ini ditulis semasa KM7 dah pun selamat sampai ke Kota Bharu semula,setelah bercuti selama 6 hari 5 malam.Alhamdulillah segalanya telah selamat.Apapun dalam beberapa entry seterusnya ini KM7 akan catatkan beberapa lagi siri percutian KM7 sekeluarga.

Hari ke 4 (13/12/2010) kami tiba di negeri Melaka jam 12 tengah hari.Sampai jer terus ke zoo Melaka untuk melawat hidupan di sana.Foto kat atas tu anak-anak KM7 la.. belum mula berjalan lagi dah nampak penat.Maklumlah tengah hari yang panas.Nasib baik kat dalam zoo tu suasana redup di sesetengah tempat dengan rimbunan pepohon.


 Tak sah kalau tak melawat si belang.haa tu dia si belang tengah mundar-mandir setelah 
selesai mandi di kolamnya.



Antara haiwan yang banyak kat zoo Melaka ni,KM7 suka tengok burung-burung yang diletakkan di bahagian depan laluan masuk ke zoo Melaka.Cantik burung-burung tu.Nampak jinak jer.Apapun kunjungan ke zoo Melaka ni boleh dikatakan menarik dan banyak info tentang hidupan yang terdapat di sini.

Ok...kita jumpa lagi dalam bahagian seterusnya catatan kembara KM7 bersama keluarga.

1 comment:

  1. ngeri tengok cik belang.. sekali jer pernah pergi zoo melaka.. itu pun.. sepuluh tahun yang dulu..

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.