Assalamualaikum dan salam ceria.
Entry ini dicatat semasa KM7 sudahpun berada di Melaka.Kali ini KM7 akan bercerita tentang hari ketiga percutian kami (12/12/10) iaitu di Putrajaya.Lokasi pertama kami di sini ialah masjid Putrajaya.Ramai betul pelancong yang datang ke sini untuk bergambar sebagai kenangan.KM7 juga idak melepaskan peluang untuk merakam gambar-gambar termasuklah dalam masjid.
Kami juga menaiki cruise tasik Putrajaya.Tiket untuk dewasa RM 30,manakala kanak-kanak RM 20.Perjalanan mengambil masa 45 minit membolehkan kita melihat bangunan pentadbiran di Putrajaya ini dari tasik Putrajaya.
Untuk melihat lebih dekat lagi..kita boleh terus ke bangunan-bangunan yang tersergam indah ini.
Sila abaikan model tak berbayar dalam gambar di atas.hehehe..Foto itu dirakamkan dalam Taman Botani Putrajaya.macam-macam tumbuhan ada kat sini.Sesuai juga untuk berjoging dan merehatkan minda.Ok kita jumpa lagi dalam catatan kembara yang seterusnya.
nice trip...belum sempat lagi cb ronda putrajaya.
ReplyDelete