Assalamualaikum dan salam ceria.
Entry kali ini untuk meluahkan
perasaan sedih,kecewa,geram dan seangkatan dengannya.
Bukan kepada kekasih,bukan juga kepada kawan.
tapi kepada broadband C yang tak habis-habis masalah.
Ini bukan kali pertama KM7
coretkan pasal tak puas hati ni,
dah beberapa kali.
Mungkin pembaca dan blogger lain
pun dah bosan membaca isu ini.
Termasuk hari ini, dah 5 hari
KM7 tak boleh melayari internet
menggunakan format 3G.
Terpaksa guna format GPRS yang lebih
lambat dari kura-kura berjalan....
Kalau sebelum ni kawasan KM7 ni
3G ok jer...tak tahulah pula akhir-akhir ni
begini pula masalahnya.
Takkan nak masuk seminggu masalah tak selesai juga.
Macamanalah nak suruh orang kampung
macam KM7 ni celik internet,
kalau line asyik tak clear saja...
boleh sakit hati dibuatnya.
Lama-lama hilang mood nak berinternet.
haa...siapa yang rugi....
Aduan telahpun dibuat
tapi tak ada apa-apa perubahan pun.
Kepada yang berkenaan,
tolonglah ambil peduli dan jaga pelanggan-pelanggan anda.
Sebab pelanggan ada banyak pilihan lagi...
jangan nanti apabila pelanggan lari baru terhegeh-hegeh
nak pikat semula hati pelanggan.
KM7 mohon maaf kalau entry kali ini
ada menyentuh sensitiviti mana-mana pihak.
Depa untung berbilion, tapi servis fail.
ReplyDeleteTapi takpa, matlamat SKMM 2011 nak fokus pada kualiti. Bukan jumlah pengguna.
to diana;
ReplyDeletecari kat bahagian setting,then manange connection.
biasa kalau 3g tak dapat mesti kena format ke gprs...kalau tidak...tak dapat layan langsung internet.
maxis tak tau plak setting nya camana...
salam, jelas sekali mereka tidak mementingkan customer relationship management(CRM)!
ReplyDeletehttp://www.donotbuydodge.ca/
salah satu bukti syarikat yg fail dlm CRM. kuasa pengguna mmg power!