(foto:Google)
Assalamualaikum dan salam ceria...
Dah mandi ke belum?Kalau belum,jomlah mandi sungai.Tiba-tiba jer KM7 teringin untuk buat entry pasal sungai ni.KM7 percaya kita semua kenal dan pernah ke sungai.Cuma kekerapannya saja yang berbeza.
Sungai sangat popular suatu ketika dahulu untuk kegunaan domestik seperti bekalan minuman,membasuh dan mandi-manda.Begitu juga untuk aktiviti pengairan pertanian,sumber protein.(.ikan banyak kat sungai masa dulu-dulu), dan yang penting lagi sebagai jalan pengangkutan untuk ke sesuatu destinasi.
Sekarang?Kebanyakan sungai sekarang mengalir lesu dek kerana ketuaannya.Macam manusia la..kalau dah tua tu sakit sana-sini.Kalau ke sungai sekarang rasa macam tak best kan...penuh dengan sampah- sarap.airnya pula sudah tidak sejernih dulu.Nak mandi dan berenang-renang pun fikir banyak kali.Ish..tak macam masa kita kecil-kecil dulu lah.
Gerangan apakah sungaiku mengalir lesu?Tidak lain dan tidak bukan...semuanya angkara manusia juga.Tangan-tangan rakus untuk pembangunan dan sikap tidak bertanggungjawab sesetengah pihak telah memusnahkan fungsi sebenar dan keindahan sungai
Amat malang bagi generasi akan datang seandainya mereka mengenali sungai hanya melalui nama dan gambar semata-mata.Ayuh..bersama-sama kita menjaga sungai agar ia terus mengalir untuk kegunaan dan tatapan generasi akan datang.
sungai2 di pinggir KL ni walaupun mengalir lesu, tetapi tetap menjadi tumpuan pengunjung..maka penduduk setempat pun amik peluang; ada yang buka premis niaga makanan, dan tak kurang juga yang mintak upah parking.. tp kebersihan tidak diutamakan, semak dan kengkadang ular pun bleh jumpa..
ReplyDeleteada ular?bahaya tu..
ReplyDeletebuaya takde lah kan.hehe
cintailah sungai kte,
ReplyDeletejngan jdi mcm sngai yg 'suci' di india nu.. bkan stakat smpah yang trapung-apung, siap ngan bangkai n mayat ag, huk3~
dlu mandi sungai best,,air dalam sekarang air dah cetek dan kotor. tak best dah, nak mandi kena cari air terjun la nampaknya, sejuk sikit. setakat sungai biasa, pencemaran berleluasa sangat.
ReplyDeleteLatest Entri :
Blogwalking Diganti Dengan Bloglarian
ckp pasal sungai nie..mmg best..tegt waktu kecik2 dulu..slalu g mndi sungai..ikot abah naek bot dye..redah2 sungai carik ikan..hehehehe
ReplyDeletesungai dan kenangannya memang tak dapat dilupakan.
ReplyDeleteBaca entry ni buatkan teringat sewaktu terima tugasan pensyarah untuk melukis poster mengenai cintai sungai kita!hoho..
ReplyDelete