KOLEKSI ISTIMEWA

Sunday, January 16, 2011

Rumah dalam pagar


Kebanyakan rumah di bandar berpagar.
Tujuannya?
terpulang kepada tuan rumah lah kan.
Biasanya untuk aspek keselamatan.
Tapi kalau reka bentuk pagar
sekeliling rumah tu
penuh dengan kemewahan,
maka terbuktilah tuan rumah tu
memang kaya atau suka kepada 
sesuatu yang mewah.

Kat kampung sekarang ni pun
trend rumah berpagar mula mendapat tempat.
Masalahnya bagi rumah-rumah yang terletak
berhampiran dengan jalan kampung
yang sememangnya dah sempit.
Ini menyukarkan kenderaan keluar masuk
ke kampung tersebut.

Ada juga kes-kes pemandu yang tidak
mahu mengalah untuk memberi laluan...
sehingga menimbulkan ketegangan
atau ada yang bermasam muka.
Keadaan ini sedikit sebanyak akan
melunturkan semangat kejiranan
yang semakin pudar
dalam kalangan sesetengah masyarakat kampung.

Jangan terkejut
jika suatu hari nanti rumah-rumah
di kampung semua berpagar konkrit.
Pada masa itu hubungan kejiranan pun
tidak semeriah dulu.

Siapa yang harus dipersalahkan?
entahlah.....

3 comments:

  1. saya pernah suggest kat mak pasang pagar kat rumah sebab orang kampung selalu lepas lembu kat area rumah.habis pokok semua kena makan..tapi mak kata bagi orang kampung,kalau rumah buh pagar maksudnya xnak bagi orang datang..yeke?

    ReplyDelete
  2. KM7 setuju dengan pendapat mak awak tu..tu lah perkara2 yg perlu difikirkan kalau tinggal di kampung...

    ReplyDelete
  3. salah kan pagar..sebab harap kan pagar,pagar mkan padi ngehehe

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.