expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Saturday, February 26, 2011

Cabutan Bertuah:Bertuahkah anda?

Petang tadi KM7 sempat
ke sebuah pasar raya
yang mengadakan cabutan bertuah.
Cabutan bertuah ini untuk
satu peraduan yang dianjurkan sejak hampir 2 bulan lepas.

Borang peraduan hampir 200 000.
Cuba bayangkan mereka yang terpilih tu
memang bernasib baiklah kan...

Hadiah berupa barangan elektrik.
Banyak juga...hampir 100 barangan.
hadiah utama sebuah TV lcd 42 inci.
Hmmm tahniahlah kepada yang menang.

KM7 memang selalu tak bernasib baik
dalam bab cabutan bertuah ni.
Jangankan hadiah utama,hadiah kecil pun tak dapat.
Sebab tu lah rasa malas
nak sertai apa-apa peraduan
yang berupa cabutan bertuah ni.
Mungkin ada hikmahnya tak menang kan!

Tapi ada orang tu
selalu jer berjaya.
setiap kali ada cabutan bertuah,
mesti naik nama atau nombornya.
hmmm pakai ilmu apa tu?
ada baca ayat-ayat ker?
hehhe.. gurau jer.
Itulah yang dikatakan nasib dan tuah badan.

3 comments:

  1. Saya pun selalu macam tu...memang jenis yg tak bertuah, kalo kat sekolah, dah tahu siapa yg selalu dapat hadiah cabutan bertuah, org yg sama..memang dorang bertuah :)

    ReplyDelete
  2. Saya suka cara Mydin. Cabutan bertuah gak, tapi banyak.

    Kalau Mydin Kuala Terengganu dulu, dia wat cabutan bertuah. 10,000 hadiah, menang dapat sebungkus maggi. hehehe...

    Probability untuk menang memang tinggi, tapi kan, dia tahu, kalau hadiah nilai kecil orang tak berbaloi nak tuntut. Malu pun ade nak datang pusat bandar semata mata tuntut sebungkus megi. Akhirnya hadiah tu mungkin tak dituntut..
    Jimat dah kos hadiah.

    Genius marketer

    ReplyDelete
  3. Benda-benda cabutan ni biasanya kita ambil dan tinggal je, kalau ada rezeki tu dapatlah, kalau takde nak buat macamana.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.