(foto hiasan:google)
Nampak tak tanah yang retak dalam foto di atas?Begitulah retaknya hati KM7 apabila berurusan dengan sebuah Pejabat Tanah pada hari ini.(Nama dan tempat dirahsiakan atas faktor tidak mahu menjatuhkan imej pejabat berkenaan).
Atas sebab kesibukan kerja,KM7 ke Pejabat Tanah berkenaan pada sebelah petang untuk satu urusan tanah.Dengan kata lain,KM7 ke sana hanya untuk mendapatkan geran tanah yang mana urusannya telah dibuat bulan 12 tahun lepas.
Masuk ke pejabat berkenaan nampaknya jumlah pelanggan taklah ramai sangat.Rupa-rupanya dah pakai sistem nombor.KM7 pun ambillah nombor.Masa tu petugas di kaunter pertanyaan tak ada...Beberapa minit kemudian,dia muncul maka KM7 tunjukkan resit utuk ambil geran tanah berserta nombor giliran.Tujuan KM7 adalah untuk memastikan betul atau tidak tindakan KM7 ambil nombor berkenaan dengan kaunter yang betul.
Petugas kaunter tu tanya "dah terima surat ke belum?" KM7 beritahu "belum...tapi masa selesaikan urusan dalam bulan 12 tahun lepas,pihak Pejabat Tanah kata dalam masa 2 minggu boleh siap...takkan dah masuk 2 bulan tahun 2011 pun tak siap-siap...surat pun tak pernah terima".Kemudian petugas tu diam dan menjawab soalan orang lain....maka tercegatlah KM7 kat situ....
Puas berdiri KM7 duduk.Ada 5 nombor sebelum KM7..maka tunggulah hampir setengah jam...Masa menunggu tu ada adegan yang menyakitkan hati.Ada pelanggan yang baru masuk,tak ambil nombor pun terus ke kaunter dan berurusan dengan petugas di kaunter.Nampak macam mesra tegur sapa mereka.Mungkin dah kenal kot..Hmmm bukan seorang tau..beberapa orang.Adussss...patutla nombor KM7 ni lambat dipanggil.Kalau macam ni baik tak pakai nombor la...Masa tu rasa nak jer pergi ke kaunter minta penjelasan.Tapi memandangkan KM7 ke sana dengan pakaian biasa tanpa kemeja,tali leher dan kot...maka niat tu dipendamkan saja.
Tiba giliran dipanggil,ingatkan urusan selesai tapi salah kaunter pula.adoiiiii...Petugas tu beritahu KM7 hanya perlu ke kaunter berhampiran tempat kaunter pertanyaan tu saja,tak perlu ambil nombor.haaaa??? geramnya...Dipendekkan cerita,KM7 ke sana semula dan urusan selesai.KM7 telah dapat geran tanah tapi dalam hati rasa GERAM.Inilah masalahnya kalau berurusan dengan manusia.Baik berurusan dengan mesin jer senang.....
Ini bukan kali pertama KM7 berurusan di Pejabat Tanah berkenaan.Setiap kali ke sana ada jer rasa tak puas hati,terutamanya dengan beberapa orang petugas yang tak mesra pelanggan.Lebih geram ada sesetengah mereka yang tidak mengikut peraturan yang telah diwujudkan.Sepatutnya layanlah semua pelanggan dengan adil.Jangan pula kalau ada saudara mara atau kenalan rapat maka giliran pelanggan lain diketepikan.Inikah yang dinamakan profesional?
Kepada petugas-petugas di pejabat sedemikian,sedarlah pelanggan anda tak semua boleh diperkotak katikkan.Yang datang ke sana untuk urusan penting bukan untuk suka-suka.Setiap orang mengejar masa.Jangan pula disebabkan kemalasan kita urusan orang lain terganggu.
hmmm.. memang banyak macam tu berlaku kan? sambil lewa aje.. kid lagi teruk.. hampir sama gak laaa
ReplyDeletekat sini Tak Puas Hati Dengan Maybank Auto Finance | Cuba n...
urusan di pejabat tanah memang sungguh menjengkelkan..penat berurusan dgn mereka..
ReplyDeletebanyak birokRAsi...=)
ReplyDeleteapa nama tmpt pjbt tanah tu?
ReplyDeletebiar kasi bgtau kt mereka...
hope mereka x wat begitu lgi d kemudian hri
tak apalah KM7 rahsiakan nama pejabat tu.semoga kejadian yg sama tdk berulang.
ReplyDeletesama LAH ..EYNA PALING X SUKA KALAU BERURUSAN KAT KAUNTER NIE ...
ReplyDeleteBiasa berlaku.
ReplyDelete