Kali ini KM7 nak bawa anda semua
ke pasar Siti Khadijah
yang terletak di Kota Bharu.
Pasar ni terletak bersebelahan dengan
Kota Bharu Trade Centre
KBTC ni kira bangunan baru ler
yang terletak kat tengah-tengah bandar Kota Bharu.
Pasar Siti Khadijah sekarang ni
berwajah baru...tengoklah cat kuning lagi tu..
Sebelah kiri dalam gambar tu tandas.
manakala sebelah kanan pula surau.
jom tengok apa ada kat dalam pasar ni....
Beginilah suasana di tingkat paling bawah.
Banyak tempat menjual sayur,buah,ikan,ayam dan seumpamanaya.
Kalau nak membeli pelbagai jenis kuih-muih,
pakaian,kain-kain,barangan kraf dan lain-lain,
silalah ke tingkat atas...guna tangga
sebab lif dan escalator tak disediakan.
Pemandangan yang biasa dilihat
di dalam pasar Siti Khadijah Kota Bharu
macam-macam makanan ada...
Para penjual kat sini semuanya ramah-tamah.....
pasti anda akan disapa apabila melalui depan kedai mereka.
kat depan makcik tu...sambal daging tau!
nak beli keropok keping?
haa..kat sinilah tempatnya...
banyak juga pilihan.Harga?tak mahal...
Bagi yang mengidam nak makan dodol,
kat pasar ni pun ada dodol,macam-macam perisa.
hmmmm oklah dah penat berjalan ni..
cukup dulu setakat ni,lain kali kita ke tempat lain pula.
pergilah melancong!
Hok jual serunding tu....akak biasa beli dengan dio.
ReplyDeleteoo yer ker....tak sangka ada yg kenal kat sini.
ReplyDelete