expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Monday, March 21, 2011

Malu ker kalau sebut kad hutang


Pembeli : Berapa harga barang ni?
Penjual: Tak mahal encik...RM 1500.00 jer.
Pembeli: Oklah saya mahu beli.
Penjual: Encik nak bayar cash atau guna kad hutang?
Pembeli: ?????(niat untuk menggunakan kad kredit terbantut)
              hmm tak jadilah.isteri saya tak suka pula barang tu.
Penjual:Macam ni punya orang pun ada ker....

Macamana yer kalau semua urusan menggunakan kad kredit tu ditukar namanya kepada kad hutang? hehe..KM7 rasa ada yang malu nak guna kad kredit lagi lepas ni.Maklumlah setiap kali nak berurusan,orang sebut kad hutang.Bayangkan di pintu-pintu masuk atau kaunter-kaunter pembayaran pusat beli belah tertera ayat "boleh bayar guna kad hutang"

Jadi kalau sesiapa yang mempunyai banyak kad hutang,maknanya orang itu mempunyai banyak hutang...(mesti ada yang marah ni! maklumlah dah memang mampu bayar kan!)Tapi kalau betul-betul mampu bayar,guna wang tunai,bayar penuhlah....Kebanyakan yang guna kad hutang ni adalah mereka yang membayar atau menggunakan wang yang banyak kemudian dibayar secara ansuran kepada bank terlibat.

KM7 bersetuju dengan langkah yang diambil oleh Bank Negara yang mengehadkan kepada 2 kad hutang saja kepada mereka yang berpendapatan RM 36,000.00 setahun.Manakala bagi yang berpendapatan minimum RM 24,000.00 setahun barulah layak memohon kad hutang ni.Jadi kalau tak cukup syarat tu jangan beranganlah nak pakai kad hutang.Wah..lepas ni orang yang pakai kad hutang tu boleh bergaya lah kononnya
mempunyai pendapatan yang banyak..hehe...

Apapun baik buruk penggunaan kad hutang ni bergantung kepada si pemakainya.Pandai guna maka tak terbebanlah dengan senarai hutang yang panjang berjela.....sekian.

2 comments:

  1. mase ade kad,
    shopping tak ingat...
    bila smpai bil baru lah gelabah sini sana kn..

    ReplyDelete
  2. mak ayah saya memang sentiasa pesan dan ingatkan pada anak2, yang kad kredit tu bukan melambangkan tingginya status kewangan tapi lambang orang yang suka berhutang..
    ada juga yang mohon kad utk guna saat tak terduga (kecemasan misalnya) tapi lama kelamaan terguna juga buat shopping.. saya kesian tgk org bayar makanan pakai kad kredit.. makanan yang akan jadi darah daging pun boleh di'hutang'..

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.