Tadi KM7 terlihat sekumpulan
remaja belasan tahun sedang melepak.
Di mulut masing-masing ada sebatang rokok.
Dengan penuh nikmat
mereka menghembuskan asap rokok tersebut.
Seolah-olah mereka
ingin menunjuk-nunjuk
yang mereka tu cukup hebat
apabila dapat merokok
di khalayak ramai.
Terfikir juga kenapalah
mereka merokok tu..
Kalau sekadar menyedut dan menghembuskan
asap tu...rasanya tak berbaloi
menghabiskan duit untuk benda tu.
Kalau yang merokok tu orang dewasa
KM7 rasa tak kisah sangat.
Tapi ni budak-budak belasan tahun,
mungkin masih bersekolah.
Hmmm geram betul melihat anak bangsa
buat aktiviti yang tak berfaedah tu.
Apapun tahniahlah kepada perokok semua
kerana anda telah menyumbang kepada perkara-perkara berikut;
1.Memendekkan usia
2.Kanser paru-paru,sakit jantung,strok
3.Bau mulut yang busuk
4.Mempercepatkan menopaus bagi wanita
5.Gigi kuning
6.Letih dan kurang cergas
7.Menjejaskan sistem reproduktif seperti masalah mati pucuk
p/s: Ada ker wanita yang suka kalau suami atau
teman lelaki mereka merokok?
isk3..zaman muda pon cari padah..haishh..
ReplyDeleteerr..x suke..kena marah ader la..
SAY "BENCI" PADA PEROKOK :)
ReplyDeletekalau dah cinta, apa pon sanggup..hmm..
ReplyDeletekalau sy, serius tak suka..
yup~
ReplyDeleteTAHNIAH kepada perokok~
kerana mencemarkan UDARA yg sepatutnya BERSIH ini~
=,=
hmmmm merokok sudah menjadi trend mungkin pengaruh rakan sebaya,sy pun tk boleh duduk tepi org yg isap rokok sebab lemas.
ReplyDeleteisap rokok
ReplyDeletekurang umur
dosa kurang