expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Wednesday, March 2, 2011

Saman trafik dan media massa

Kekalutan dan kesesakan
di pejabat pos atas urusan pembayaran saman 
sudah pun berakhir.
Masing-masing yang sempat membayar saman
pastinya lega apabila saman telah dibayar.
Sebaliknya yang belum menyelesaikan saman
pastinya menggigit jari...(yer ker?)

Dalam media massa sehari dua ni
banyak ulasan pasal tempoh 
pembayaran saman...sama ada
patut dilanjutkan lagi atau tidak.
meskipun kata putus sudah dibuat
tidak ada lanjutan tempoh pembayaran,
namun masih ada yang tetap berharap agar
diberi peluang kedua.

Nampaknya masyarakat kita
sudah sedar akan kepentingan membayar saman.
Situasi ini nampaknya telah menutup
cakap-cakap atau ketidakpuasan hati
sesetengah pihak yang dikenakan saman.
Maklumlah ada saman yang dikenakan
itu tidak dilakukan oleh pesalah itu sendiri.

Itulah peranan media...
membesar-besarkan seuatu perkara,
dapat menutup perkara lain daripada dibahaskan
oleh masyarakat umum.
Sebagai pengguna
kita ada hak untuk menyuarakan pendapat...
cuma kita perlukan saluran yang betul
agar pandangan atau saranan kita itu
diambil peduli.

2 comments:

  1. Tu yang hari tu pergi pejabat pos berderet orang beratur bayar saman. Nasib baik takde saman, eh takde... kot... hmm...

    ReplyDelete
  2. Risau juga...SAMAN ni...selalunya Suami yang uruskan...Tq! Suami.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.