foto hiasan:Google
Kali ini KM7 ingin
berkongsi cerita pasal
burung enggang dan cicak tokek.
Nasib yang menimpa askar yang menyembelih
burung enggang yang mana gambarnya
telah tersebar dalam beberapa laman web,
juga peringatan kepada pemilik-pemilik cicak tokek.
Anggota tentera sembelih burung enggang digantung tugas
SHAH ALAM 3 April – Seorang pegawai dan empat anggota tentera lain-lain pangkat yang menyembelih seekor burung enggang di Taman Negeri Royal Belum di Gerik, Perak baru-baru ini, dikenakan tindakan gantung tugas mengikut Akta Angkatan Tentera 1972.
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, kesemua yang terlibat itu juga akan dihadapkan ke mahkamah untuk didakwa di bawah Akta Perlindungan Hidupan Liar 1972.
"Berdasarkan siasatan, ada pemburu lain yang menembak enggang itu sehingga jatuh. Apabila melihat keadaan burung itu yang lemah (hampir mati), anggota-anggota tentera terbabit telah menyembelihnya,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Hari Keluarga Kelab Anak Rantau Bagan Datoh, di sini hari ini.
Ahmad Zahid berkata, walaupun anggota tentera terbabit bukan pihak yang bertanggungjawab menembak burung enggang itu, mereka sepatutnya menyelamatkannya dan bukan bertindak menyembelih burung tersebut.
KM7:Kalau anda dalam situsai anggota tentera tu macamana yer?nak selamatkan burung tu atau nak sembelih?dilema juga tu,tambahan pula kalau burung tu sudah dalam keadaan yang tidak dapat diselamatkan lagi.KM7 rasa pemburu burung tu juga perlu dicari dan dihukum.
Pemilik cicak tokek perlu pohon lesen sebelum 27 Jun
KUALA LUMPUR 3 April – Orang ramai yang memiliki cicak tokek perlu memohon lesen daripada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) sebelum 27 Jun ini bagi mengelakkan sebarang tindakan undang-undang diambil.
Menurut Jabatan Perhilitan berkata, cicak tokek merupakan hidupan liar yang dilindungi di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716) yang telah berkuat kuasa pada 28 Disember lepas.
"Tindakan undang-undang yang boleh diambil adalah denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-dua sekali,"
Cicak tokek dilaporkan mujarab untuk merawat pelbagai jenis penyakit kronik termasuk HIV dan AIDS menyebabkan ia mendapat permintaan tinggi terutama dari China dan Jepun.
KM7: Tak sangka betul cicak pun dah ada harga sekarang ni.Lepas ni harap-harap ada la yang buat kajian saintifik terhadap binatang-binatang lain pula.Mana tahu kot-kot boleh merawat penyakit tertentu juga.
Sumber berita:Utusan Online 3/4/2011
No comments:
Post a Comment
Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.