Sila tengok muka sendiri depan cermin sekarang.Amacam?ada apa-apa perubahan ker?Perubahan dari segi warna kulit mahupun bilangan garis dan kedutan.Alamak...mungkin ada yang terkejut dek kerana perubahan yang kian nampak.Tapi ada juga yang tersenyum lebar dek kerana wajah semakin berseri bertambah jelita mahupun semakin kacak.
Tahniah kepada kaum hawa yang tak henti-henti membelek wajah depan cermin.Berbeza sekali dengan kaum adam yang agak keberatan untuk melekat lama-lama depan cermin.Entahlah...mungkin sudah suratan begitu.Patutlah kan kebanyakan kosmetik di pasaran sekarang ni sasaran utamanya kepada wanita.Sebab wanita ni tak puas-puas nak mencantikkan wajah.hehe...untuk siapa?tak lain tak bukan untuk suaminya juga kan..
Akhir-akhir ni sudah ada satu trend kaum lelaki pun suka mendandan wajah.Apa dah jadi ni....Kalau setakat menjaga kebersihan muka tu kira ok lah kan..tapi kalau dah sampai kerap buat facial dan rawatan wajah yang lain tu kira tak macho lah kan!.Masing-masing ada citarasa sendiri nak buat macam mana kan...
Tapi kalau dibuat survey,KM7 rasa tak ramai pun lelaki yang konsisten membersih muka guna pembersih muka.Alasannya tak ada masa atau malas nak membelek wajah lama-lama.Apatah lagi untuk memakai pelbagai jenis krim.haa.. sebab tu lah wajah lelaki kebanyakannya nampak kusam.Kusam pun kusamlah kan janji hati senang dan banyak duit.haha...
bahaya jugak kalu org lelaki asyik belek wajah ni..
ReplyDeletesetakat cuci muka tu ok lagi la. dop la muka tu napok minyak sgt. tapi kalau wat sapa g mekap2 muka tu la pekdoh sungguh. sekali tengok dop thu wat mana se laki wat mana se puan. huhu
ReplyDelete