Terlalu memikirkan sesuatu masalah boleh menyebabkan diri seseorang itu semakin murung.Ada yang makan tak lalu,mandi tak basah,tidur tak lena....dek kerana memikirkan sesuatu yang mengganggu perasaan.Masalah dalam kehidupan adalah sesuatu yang lumrah.Cuma tahap kekuatan mental seseorang itu saja yang membezakan antara orang yang cekal menghadapi masalah atau membiarkan masalah membelenggu diri.
Berkongsi masalah merupakan salah satu cara untuk menyelesaikan masalah.Tapi kepada siapa kita nak kongsi masalah diri kalau tidak ada orang yang boleh dipercayai untuk mendengar masalah kita?Tidak mustahil ada yang rela menyimpan saja masalah diri dek kerana tidak mempercayai orang lain untuk mendengar masalahnya.Awas...lama-lama memendam masalah boleh memakan diri sendiri.
Bagus juga jika kita tidak ambil peduli sangat masalah yang berlaku itu.Ye la..sekurang-kurangnya masalah itu tidak membebankan fikiran kita.Buat-buat takde masalah kalau banyak sangat masalah....kan senang..!Anggaplah masalah itu sebagai perkara biasa. cuma perlukan sedikit masa untuk menyesuaikan diri dengan sesuatu masalah yang berlaku itu.
Salam...memang bermasalah bila membaca masalah ini...hehehe.
ReplyDeleteMasalahnya, jika semua masalah kita cuba untuk buat macam tiada masalah, masalah itu akan tetap jadi masalah. Mungkin cara terbaik ialah cuba hadapi masalah atau selesaikan masalah tersebut supaya ia tidak lagi menjadi suatu masalah...
Ish3...banyaknya masalah...hehehe