expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Saturday, May 14, 2011

Malukah untuk mengaku keluarga kita miskin?

Fizikal rumah yang melambangkan kemiskinan.Gambar hiasan Google

Kemiskinan adalah lumrah dalam hidup.Bagi mereka yang tergolong dalam kategori ini,mereka sajalah yang mengerti jerit-perih terpaksa mengharungi kesusahan hidup.Ditambah pula dengan bilangan ahli keluarga yang ramai untuk ditanggung.

Malukah kita untuk mengaku hakikat kemiskinan yang dialami oleh keluarga kita?Ada orang yang malu untuk mengaku yang dia berasal dari keluarga yang susah.Malahan sanggup menipu identiti sebenar semata-mata ingin memenangi hati sesetengah pihak.

Kenapa agaknya seseorang itu malu untuk mengaku yang dia berasal dari keluarga yang miskin?Rasanya tak salah kalau kita berasal dari keluarga yang miskin asalkan kita berusaha untuk mengubah masa depan keluarga supaya tidak terus dibelenggu kemiskinan.Jangan pula jadikan alasan kemiskinan untuk meminta-minta.

KM7 tertarik dengan artikel mengenai penyanyi tersohor tanahair,Datuk Siti Nurhaliza.Sedikit sedutan berita tentang pengalaman masa kecil beliau,

Siti tidak malu membantu ibu Siti berniaga kuih meskipun harus bangun seawal jam 5 pagi untuk membantu ibu di dapur. Sempat lagi Siti tidur di dapur setelah menggulung popia dan juga mengelim karipap. Kemudian Siti bersiap-siap pula ke sekolah dengan membawa kuih dalam bakul yang disediakan ibu. Hari-hari lainnya kami akan berniaga di hadapan balai polis ataupun di pekan sehari di bandar Kuala Lipis. Siti lakukan ini kerana melihatkan kecekalan ibu Siti.(Berita Harian Online 14/5/2011)

Tengok,siapa sangka budak yang menggulung popia dan menjual kuih masa kecilnya telah bertukar menjadi seseorang yang berjaya dalam hidupnya.Jadi bagi kita yang berada dalam kemiskinan,sepatutnya  jadikan kemiskinan itu sebagai perangsang untuk berusaha mengubah kehidupan kepada yang lebih baik.

6 comments:

  1. x tau la nape malu nak ngaku miskin tapi memang ade mcm tu.. freaky sendiri miskin

    ReplyDelete
  2. Tak pernah malu pun datang dari keluarga miskin, sekurang2nya saya tau dan amat menghargai kesenangan yg dikecapi sekarang.

    ReplyDelete
  3. dah namanya manusia, tentu bermacam ragamnya kan..masing2 punya pendapat sendiri..apapun mama berasal dari kg..he 2x

    ReplyDelete
  4. kdg2 malu tak bertempat...bangga tak kena masa..tu yang jadi macam tu..

    ReplyDelete
  5. kita sendiri yang dapat mengubah hidup kita...peluang sangat luas...

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.