expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Monday, May 30, 2011

Panggilan manja selepas kahwin

Pelamin hiasan Pakcik Google

Masih dalam mood kenduri kahwin?Yer la...sana-sini masih sibuk dengan kenduri-kendara.Masing-masing sibuk naik pelamin.Mak andam pun berpeluh sana-sini,demikian juga juru gambar mengusung kamera ke sana ke mari.Semua tu untuk apa?haaa tak lain tak bukan untuk meraikan raja sehari.
Entri kali ini KM7 cuba membawa satu persoalan tentang panggilan yang sesuai untuk pasangan kita tu selepas berkahwin.Kalau sebelum kahwin ada yang selesa dengan panggilan saya-awak,you-i,ataupun panggilan nama.Selepas kahwin....nak teruskan panggilan tu ker atau tukar?

Kalau di Kelantan ni ni...si lelaki ramai yang bahasakan dirinya abe (abang) kepada si isteri.Manakala si isteri pula bahasakan nama ringkas mereka.Tapi tak kurang juga yang masih saya-awak.Kalau dah ada anak...haaa mulalah nak bahasakan diri papa-mama.abah-mami,ayah-ibu sesama suami isteri.KM7 rasa tak berapa  sesuai panggilan tu,kecuali untuk anak-anak panggil kat kita ok lah kan.

Ada juga yang panggil sayang kat pasangan masing-masing.Aduh...romantik sungguh.Harap kekal sampai tua.Kat Kelantan ni...kalau dah tua tu...selamba jer bahasakan kawe-demo kepada pasangan masing-masing.
Apapun..panggilan manja ni eloklah dimulakan seawal yang boleh.Sebabnya kalau dah lama tu mungkin ada yang rasa malu atau janggal pula.

Hmmm kat tempat anda camana pula?atau anda sendiri ada panggilan manja yang lain...bolehlah kongsi-kongsi buat pedoman pengantin-pengantin baru kita ni.

3 comments:

  1. ape hok sedap pasal kenduri di kelate adalah gulai kawah.. hehehe :)

    Cara Wanita Berjalan

    ReplyDelete
  2. saya panggil biasa2 je..panggilan biasa yg selalu isteri guna untuk suaminya..ABANG..sama jugak macam saya..di sebabkan nama saya MIMI,saya gunakan nama panggilan MIE sahaja..x lebih dari tu pun..hehe..x panggil sayang2 pun aih..haha

    ReplyDelete
  3. kalau yang belum kawen gune panggilan papa mama lagi geli! haha

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.