Gambar hiasan:Google |
Bercakap pasal duit ni memang tak akan habis.Yang akan habisnya...duitlah.Setiap hujung bulan bukan main seronok tengok jumlah duit dalam bank.Tapi belum pun pertengahan bulan baru...duit tu dah pun susut.Dengan kata lain,poket semakin nipis.hehe..
Apa tidaknya kan...semua nak kena bayar.Sewa rumah (bagi yang berkenaan),bil elektrik,air,ASTRO,nursery anak-anak,yuran tuisyen anak,bil-bil kad kredit,pinjaman kereta dan banyak lagi.......Orang kata banyak gaji maka banyaklah perbelanjaannya.Betul ker?
Alangkah seronoknya bagi mereka yang gaji bulanannya tak terusik pun dengan perkara-perkara di atas.Mungkin semuanya ditanggung oleh suami,ibu bapa atau kekasih hati.Atau ada juga kes kebanyakan perbelanjaan keluarga ditanggung oleh isteri.Wah...beruntungnya suami kalau ada isteri yang sanggup menanggung perbelanjaan rumahtangga.
Pusat beli-belah pun macam tahu-tahu jer nak buat jualan hebat setiap kali musim dapat gaji.Apa lagi berduyun-duyunlah kita ke sana membuat pelaburan atau menambah kekayaan pemilik pasar raya.Ada yang suka menyalahkan golongan wanita dalam bab berbelanja ni.Tapi akhir-akhir ni golongan lelaki pun ada juga yang suka berbelanja perkara-perkara yang tak perlu.
Pendek kata...kalau ada duit semua jadi.....Wang bukan segala-galanya tetapi segala-galanya memerlukan wang.
btul kata bro..duit tuh penting..walau apapun memang duit dah jadi satu keperluan..
ReplyDeletemasuk toilet pun kena ada duit...duit mmg penting walaupun duit bukan segala2nya..:)
ReplyDelete