expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Wednesday, June 8, 2011

5 sen pun nak berkira?

Ada anda kisah kalau hilang duit 5 sen?KM7 pun tak kisah... tapi apa yang berlaku hari ini KM7 rasa nak kisahkan kat sini.Ceritanya begini...Tadi adalah KM7 beli barang kat sebuah kedai runcit.2 barang jer..jumlahnya RM 10.35.Tengok betul-betul... ada 5 sen kat belakang tu.

Semasa membuat pembayaran di kaunter,sajalah KM7 tanya berapa semua.Maka dengan selambanya cik kak yang jaga kaunter tu kata RM 10.40.Dalam hati KM7 tertanya-tanya...adakah penggenapan juga dilakukan untuk nilai 5 sen tu?Biasanya kalau1,2,3,4 sen ker atau 6,7,8,9 sen jer diambilkira untuk penggenapan.Masa tu malas nak cakap banyak terus bayar jer.

Tapi kan...rasa macam tertipu pula...Padahal kalau tuan kedai tu tak ada duit baki 5 sen...bagi jer gula-gula sebiji ker..Ini tidak..tak maklum pun kepada pembeli jumlah sebenar.KM7 tak kisah pun kalau dia kata tak ada duit baki 5 sen tu.....KM7 halalkan 5 sen tu.Tapi kalau tak maklum..itu apa kes!bayangkan kalau 40 orang membeli pada hari tu dengan jumlah yang sama....tak ker dapat untung atas angin.

Kadang-kadang pelik juga harga barangan ni.Kalau dah tak ada duit sen kat pasaran...tak payahlah letak harga macam tu.Letaklah harga yang genap terus...kan senang penjual dan pembeli nak berurusan.Berbalik kepada kisah 5 sen tadi....kalau berlaku lagi...KM7 nak tanyalah penjual tu.Bukan nak berkira....tapi hak kita sebagai pembeli kan!

2 comments:

  1. hehe 5 sen jah tu.. mungkin die segan nk oyak takdop duit 5 sen

    ReplyDelete
  2. huhu..
    makin mahal plak tu,
    klw mkin murah tu xpe la gak..

    :)

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.