Peribahasa ada udang sebalik batu memang dah lama kita dengar.Ada juga yang tukar kepada ada udang sebalik mee.Apa-apa hal pun...semua tu nak merujuk kepada perbuatan yang dilakukan itu ada makna atau tujuan tertentu seperti ingin mendapatkan balasan..
Haaa...jangan tak tau...anda buat baik dengan orang lain tu sebab betul-betul nak buat baik ker atau ada makna...Kalau nak tolong orang...adakah orang-orang tertentu saja yang kita tolong?Contohnya kes kereta pancit...kalau yang berdiri minta tolong tu perempuan cantik lagi jelita...maka ramailah nak berikan pertolongan.Cuba kalau lelaki...ada tak yang nak tolong?
Satu lagi...ada kalangan kita ni yang berfikiran jauh,kalau kita tolong orang-orang tertentu sekarang...nanti mereka akan tolong kita pula suatu hari nanti.Tolong-menolong kan amalan yang mulia....baguslah asalkan ikhlas.Persoalannya,kalau kita baik sangat nak menolong,mengapa pilih orang pula untuk ditolong?
Sukanya kalau ada orang yang nak menolong semasa kita dalam kesusahan.Tapi bimbang juga nak menerima pertolongan tu...takut ada maksud lain.Lebih parah...kalau suatu hari nanti dia akan mengungkit segala pertolongan yang diberikan.Habis tu macamana ni....fikir-fikirkanlah.
zaman sekarang ni kalau hendak menolong kena tengok pada tempat , masa dan keadaan...silap2 haribulan kita boleh terkena...
ReplyDelete