expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Friday, June 24, 2011

Hidup dalam timbunan sampah

Gambar hiasan Google

Sedar atau tidak,setiap hari kita sering membuat sampah.Kalau seorang membuang satu sampah,bayangkan berapa banyak jumlah sampah terkumpul dalam satu hari.KM7 terbaca dalam akhbar Kosmo hari ini 23/6/2011 bahawa rakyat negara ini dianggarkan membuang 12,000 tan sampah setiap hari dan dijangka meningkat sehingga 30,000 tan sehari menjelang 2020.Komposisi sampah tertinggi ialah sisa makanan (45 peratus),plastik (24 peratus),kertas (7 peratus),besi (6 peratus)dan kaca (3 peratus).

Nampaknya sampah yang dihasilkan melalui sisa makanan paling tinggi.Apa tidaknya....setiap hari kita perlu makan untuk hidup.Tapi tak sangka pula banyak juga yang menjadi sisa makanan tu.Kalau sampah lain boleh dikitar semula,bagaimana dengan sisa makanan?ada ker yang sanggup kitar semula makanan supaya tidak membazir.

Sebagai generasi yang inginkan negaranya bersih,eloklah kita mengambil langkah-langkah yang perlu untuk memastikan setiap warga negara tidak suka membuat sampah.Kalau boleh guna lagi sesuatu barang tu...gunakanlah...biarpun dalam bentuk atau perkara lain.Sebabnya...kalau dibuang maka jadilah barang tu sebagai sampah.

Setiap kali melalui kawasan pembuangan sampah...pasti ramai yang menutup hidung.Tapi sedarkah kita bahawa sampah itu siapa yang menghasilkannya kalau bukan kita yang bergelar manusia!Haaaa...pandai buang lepas tu tau pula tutup hidung.Fikir-fikirkanlah....

7 comments:

  1. betol.. hehehe logik la pulak..
    tak sangka.. tuptap kite pulak yang buat..

    ReplyDelete
  2. utk tidak menutup hidung, kita tahan nafas pula...hehe...gurau je, jgn marah.
    sebab sampah mknn bnyk, kerana bnyknya psr mlm, psr tamu, psr tani....majority org beli mknn dan tak bw bekas sendiri, kena ubah tu...

    ReplyDelete
  3. di mana ada manusia di situ pasti akan ada sampah...

    ReplyDelete
  4. pasti hidung semakin lali kan dengan bau sampah

    ReplyDelete
  5. thanks bro suka info ni

    sisa makanan (45 peratus),plastik (24 peratus),kertas (7 peratus),besi (6 peratus)dan kaca (3 peratus

    plastik tmpt kedua....x bagus utk alam sekitar...

    ReplyDelete
  6. sampah tu datagnye dari manusia jugak ..

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.