expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Thursday, June 9, 2011

Jangan datang ke rumah saya!

Gambar hiasan:Google
Tinggal dua hari lagi sekolah akan dibuka semula.ahhh....cepat betul masa berlalu.Apa kaitan cuti sekolah  nak habis dengan tajuk entri kali ni?Nampak macam sombong jer tajuk tu kan...

Sebenarnya KM7 tengah bertungkus-lumus menyiapkan acara menanda kertas peperiksaan pertengahan tahun.Markah perlu dihantar sebaik saja sekolah dibuka.....Sebaik saja peperiksaan berakhir..maka cuti sekolah bermula.Jadi nak ker tak nak...kena menyemak kertas peperiksaan dalam cuti sekolah.Dahlah cuti ni sibuk dengan kenduri-kendara,maka tak dapat bercuti ke mana-manalah jawabnya.

Kadang-kadang cemburu juga dengan rakan-rakan lain yang bekerja di pejabat.Habis waktu pejabat,habislah kerja mereka hari tu.Kalau cikgu...nama jer cuti tapi kerja sampai tengah malam.Segala macam kerja sekolah terpaksa dibawa balik ke rumah.Tengoklah cuti sekolah 2 minggu ni tak bermakna cuti langsung.Dengan kelas tambahan,menanda kertas periksa.Itu tak termasuk perancangan untuk mengajar apabila  buka sekolah nanti.

Entri ni pun sekadar untuk rilekskan minda sekejap.Penat tau baca skrip jawapan pelajar ni.Semuanya esei....Hanya cikgu juga yang tahu.Orang lain cuma ingat kerja cikgu ni banyak cuti.Betul tak?Anak-anak sendiri pun dah bosan...asyik terperap kat rumah masa cuti sekolah ni.Maklumlah bapa dan ibunya cikgu...haaa aktiviti yang samalah dalam cuti sekolah ni.

Keadaan dalam rumah...tak payah cakaplah.Kami biarkan saja anak-anak tu bermain sesuka hati mereka agar tak mengganggu urusan menyiapkan tugasan kami.Dengan kata lain....dalam rumah dah jadi tongkang pecah.hehee....Sebab tu lah tajuk entri ni macam tu.Kalau keluar pun untuk urusan penting jer.Panggilan telefon pun jawab yang mustahak jer.Amboi...sampai begitu sekali ker?Sabarlah yer...untuk hujung minggu ni jer.Apapun...KM7 suka jadi cikgu.I love my job.

2 comments:

  1. apesal ambik gambo kat luar rumah lak?ambik le gambo suasana dalam rumah cikgu yg tengah tunggang langgang tu..hehehe..suruh anak2 kemaskan apa yg dah mereka selerakkan tu..insyaallah nanti dah besar ringan tulang budak2 tu suka menolong orang.. :)

    ReplyDelete
  2. ohh..selama ini saya ingatkan kerja seorang cikgu mudah saja dan cuti banyak...besar tanggungjawab yang dipikul tu...hendak mendidik anak bangsa...

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.