expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Wednesday, June 8, 2011

Seronok kan mempunyai keluarga bahagia

Keluarga bahagia memang menjadi idaman semua.Tak kiralah mereka yang baru mendirikan rumahtangga mahupun yang sudah berderet anak-anak.Kali ini KM7 ingin membicarakan keluarga bahagia yang menjadi idaman setiap anak-anak.Dengan kata lain...keluarga bahagia menurut perspektif anak-anak.

Anak-anak memang mengimpikan keluarga yang sering meluangkan masa untuk mereka.Bertanya khabar tentang persekolahan mahupun permasalahan anak-anak.Malangnya ibu bapa hari ini terpaksa meluangkan banyak masa untuk pekerjaan bagi memastikan kelangsungan hidup sekeluarga.Justeru...ada anak-anak yang rasa terabai.Sebagai ibu bapa,biarlah kita menggunakan waktu yang ada bersama ahli keluarga dengan sebaiknya...kerana masa sedikit yang diperuntukkan dengan berkualiti itu lebih baik daripada masa bersama yang banyak tapi tidak berkualiti.

Anak-anak juga suka kalau keluarga mereka boleh dijadikan role model.Seorang ayah yang bertanggung jawab,ibu yang penyayang, serta adik-beradik lain yang penuh dengan rasa kasih-sayang sesama mereka.Wah..tentu bahagia keluarga tersebut.Alangkah bagusnya kalau dalam keluarga itu diterapkan dengan nila-nilai keagamaan yang kukuh.Umpamanya keluarga yang sering mengingatkan batas pergaulan,soal-soal aurat dan juga aqidah.

Oklah...sebenarnya banyak lagi ciri-ciri keluarga bahagia idaman anak-anak ni....Rasanya cukup sekadar itu.Maaf entri kali ini agak skema.Harap dapat berkongsi informasi dengan rakan-rakan blogger.

1 comment:

  1. sy hepi dengan keluarga sekarang ni. tapi berkeluarga sendiri tu masih takde pengalaman. hehe

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.