Bangun...bangun.....ish seronoknya tidur.Kalau hari cuti,ramai yang mengambil peluang untuk bangun lambat.Maklumlah kan..setelah hari-hari lain sibuk berkejaran ke tempat kerja seawal pagi,maka hari minggu atau cuti umum digunakan sesedap rasa untuk bangun lewat.
Orang tua-tua selalu berkata.....bangun lewat...tertutup pintu rezeki pagi tu...betul ker?hmm..itu kata orang tua...Kalau orang muda...versi lain pula...bangun awal-awal pagi ni nak buat apa?Kalau termenung jer kat tangga tu baiklah kita tidur lagi kan?ishhh...yang awak duk termenung kat tangga tu siapa suruh?Pergilah mandi dan buat apa-apa yang patut.
Orang-orang muda suka tidur lewat,maka bangun pun lewatlah juga.Yang memang tak bekerja tu lagilah seronok,hari-hari bangun lewat.Pelajar-pelajar kat universiti,kolej dan sebagainya pun ramai yang bangun lewat kalau tiada kelas pagi kan!seronoknya....sebab tiada siapa nak bebelkan.Kalau kat rumah....mesti pagi-pagi lagi dah kena dengar celoteh ibu.
Hmm KM7 rasa sesekali bangun lewat tu oklah kan.Tapi kalau hari-hari bangun lewat...tak baik untuk kesihatan.Cubalah bangun awal...lepas tu pergi jogging..kan bagus...Paling penting.....sembahyang Subuh!
kadang2 bole gak kot??
ReplyDeletehehhe...