KOLEKSI ISTIMEWA

Monday, July 18, 2011

Mengapa harus Cincin!

Gambar Hiasan:Google
Cincin...sesuatu yang tidak asing lagi bagi sesuatu majlis pertunangan mahupun perkahwinan.Upacara menyarungkan cincin seolah-olah satu kemestian.Soalnya...mengapa mesti cincin?

Entahlah...mungkin cincin ada aura tersendiri untuk kedua-dua majlis tersebut.Selain itu,cincin juga dikatakan sebagai lambang penyatuan dua jiwa.Aduhai...betul ker?

Harga cincin juga menjadi ukuran.Adakah semakin mahal harganya maka semakin tinggi nilai kasih-sayang yang dicurahkan?Jawapan ada ada pada si pemberi dan si pemakai cincin.

Bagi kaum wanita,pemakaian cincin sudah menjadi lumrah.Bagi lelaki pula...ada juga yang tak suka pakai cincin ni.KM7 sendiri memang tak suka pakai cincin.Rasa rimaslah jari-jemari ni.Hmmm... cincin pertunangan dan perkahwinan dulu pun dah lupa letak kat mana.Hehe...kesian!Ehhhh...adalah...dalam simpanan.Takkan nak letak sembarangan tempat kan!

Agaknya sampai bilalah cincin akan bertahan sebagai simbol cinta untuk satu ikatan pertunangan mahupun perkahwinan.Tunggu sajalah....

7 comments:

  1. hahaha.. cincin pun boleh jadi entry yer..

    secara logiknya, cincin boleh menjadi simbolik dan lambang sebab itu adalah salah 1 perhiasan yang jelas boleh terlihat. kira, kalau lelaki nampak seorg gurl nie dah bercincin di jari manis, "oh, dah berpunya mungkin". :)

    selain tu, cincin lbh murah berbanding perhiasan yg lain sebab tak lah berat sangat. means yg plg simple lah.. :)

    ReplyDelete
  2. rasa2nya sampai bila2 pun cincin akan jadi simbol ikatan kasih sayang sesama insan...

    ReplyDelete
  3. cincin itu jadi penyeri.
    ada orang laki pakai cincin batu besar-besar macam tok bomoh scary. eeeiii!!

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum...

    zaman sekarang dah ada juga yg dah jadikan gelang tangan @ rantai leher pula sbagai hadiah ikatan perkahwinan...

    hmmmmmm cincin tunang n kawin , dah sendat .(tak muat di jari lagi )tapi ummi pun kurang minat pakai brg kemas termasuk ler cincin juga...

    ReplyDelete
  5. nmpak manis bila pakai cincin..:D

    ReplyDelete
  6. emas makin mahal...kawin nnt sarung getah je kat jari...lalalala...

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.