expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Tuesday, September 6, 2011

002 Hutan Rimba di tapak rumah

Laluan masuk yang penuh kehijauan

Pada 4 September 2011,KM7 berkunjung ke tapak rumah yang dibersihkan  lebih 3 tahun yang lalu.Hasilnya amat memberangsangkan.Lihatlah tanah yang sudah dibersihkan tahun 2008 lalu telah bertukar menjadi  mini hutan rimba.Nasib baik tak jumpa hidupan rimba yang membahayakan....

Laluan masuk...masuklah...

Mula-mula tu terkejut juga.Tapi apa boleh buat...takkan nak berdiri jer kat situ,maka masuklah ke dalam kawasan tanah berkenaan.Hmmm cepat betul pokok-pokok ni membesar.Tak payah dijaga dengan baja dan air pun boleh hidup juga.


Ehh..kat tengah-tengah ni takde pula pokok besar

Kawasan dalamnya tak banyak pula pokok besar.Mungkin dijadikan tempat lembu-lembu cari makan...maka pokok-pokok besar tak sempat tumbuh.


Sekali tengok menggerunkan juga hutan ni


Pokok ketapang paling besar yang tumbuh di sini

Alamak...kalau macam ni rupa bentuk tanah untuk dijadikan tapak rumah,
macam mana ni?Nak teruskan atau  tidak projek ni?
Nantikan dalam entri seterusnya.....


2 comments:

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.