Laluan asal ke tapak rumah |
Akhirnya,setelah selesai urusan pemilikan dan penukaran status tanah,juga urusan pinjaman perumahan, maka projek pembinaan akan dimulakan dalam masa yang terdekat.Jadi beberapa perkara perlu dibereskan sebelum kerja-kerja pembinaan dimulakan.
Kerja-kerja pembersihan semula |
Nampak tu...kawasan ini telah dibersihkan semula.Kalau peringkat awal dulu sudah dihabiskan ribuan ringgit untuk kerja-kerja pembersihan tapak,tidak mustahil perkara yang sama berulang kerana sudah lama tanah ini terbiar.
Inilah tapak rumah |
Setelah mini hutan rimba dibersihkan,maka nampak lapang sikit tanah tu.Biarpun begitu,sekeliling tanah KM7 ni masih lagi nampak pokok-pokok menghijau.Itu semua tanah jiran....mana boleh ditebang kan!
Laluan atau jalan yang diturap dengan tanah |
Tanah KM7 ni rendah sikit dari jalan, maka banyak juga tanah yang diperlukan untuk meninggikan jalan untuk ke tapak rumah.Tanah-tanah juga dibeli untuk meninggikan kawasan tapak rumah.Tunggu...dalam entri berikutnya.
cantik tapak tu cikgu..dekat dgn sekolah... seronok ye kalau ada sebidang tanah dan boleh buat rumah idaman.. tahniah cikgu..
ReplyDeleteTerima kasih Khairil...harap2 projek ni dapat disiapkan mengikut jadual.
ReplyDeletetanah pusaka ke tanah beli ni cikgu? memang impian saya juga untuk buat rumah sendiri.. tapi tak kesampaian..beli je lah rumah daripada pemaju
ReplyDeleteini tanah pusaka....kalau nak beli tak mampu rasanya.hehe
ReplyDelete