expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Monday, September 12, 2011

007 Perigiku tak menjadi

Kerja penggalian terpaksa dihentikan
Kenapa pula perigi tak jadi?Sebabnya terdapat sebatang kayu besar
yang melintangi kat bawah lubang yang digali itu.
Dipercayai batang kayu tersebut berusia ratusan tahun
memandangkan kedalaman perigi yang digali itu sudahpun 12 kaki.

Perigi baru
Maka bermulalah kerja-kerja penggalian yang baru.
Fuhh..bayangkan dah berapa banyak tenaga dan masa yang sudah dihabiskan tu.
Apa boleh buat...benda yang tak nampak kat bawah tanah tu.
Kalau jumpa harta karun...bagus juga kan!


Keret telaga
Nampak tak benda bulat kat atas tu?
Apa ke namanya....kalau di Kelantan ni lebih dikenali sebagai keret telaga.
Keret-keret inilah yang akan dimasukkan ke dalam lubang yang digali itu.


Bangsal untuk pekerja
Pada masa yang sama kerja-kerja pembinaan bangsal untuk pekerja dimulakan.
Apa sudah jadi dengan perigi tu?
Tunggu dalam entri akan datang.


No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.